Influenza burung
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Avian Influenza atau lebih dikenali sebagai selesema burung merupakan penyakit selesema yang diakibatkan oleh virus selesema yang menyerang burung. Penyakit ini mudah merebak, dan wabak ini telah melanda dunia dengan begitu pantas.
Semua virus selesema burung yang diketahui merupakan jenis Influenzavirus A.
Apakah selesema burung?
[sunting | sunting sumber]Lebih seabad, selesema burung hanya beredar di kalangan unggas sahaja, terutamanya ayam ternakan. Bagaimanapun, penyakit ini mula dikenali Avian Influenza apabila beberapa jenis virusnya menjangkitinya manusia. Virusnya pula semakin bertambah kuat dan tegar, malah bermutasi (berlaku perubahan genetik sesuatu organisma seperti tumbuhan, haiwan, dan sebagainya yang mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tersebut) pula. Ia kini berjangkit dari unggas kepada manusia.
Pada 1997, terbukti selesema burung memang membawa maut apabila ada penduduk Hong Kong mati kerananya. Ketika para saintis sedang bergelut mengenal pasti jenis-jenis virus berbahaya dan mencari pencegah wabak membawa maut ini, wabak selesema burung ini terus berjangkit merentas dunia dari sebuah negara ke sebuah negara lain.
Bagaimana selesema burung berjangkit?
[sunting | sunting sumber]Lazimnya, virus selesema burung dibawa di dalam usus unggas liar dan tidak berbahaya. Namun virus ini mula menyesuaikan diri mengikut keadaan dan bermutasi menjadi virus yang paling berbahaya sehingga menyerang manusia.
Avian Influenza boleh berjangkit melalui air liur, lelehan hidung, dan najis burung. Burung-burung lain yang menyentuh cairan itu membawa virus tersebut ke tempat lain pula. Begitulah seterusnya. Keadaan ini sukar dibendung kerana unggas liar ini berhijrah dari satu negara ke negara lain.
Virus Avian Influenza merebak di dalam udara dan baja serta hidup lebih lama di dalam udara sejuk. Ia juga boleh dipindahkan melalui air dan makanan tercemar, peralatan serta pakaian. Tempoh pengeraman ialah antara tiga hingga lima hari. Virus berbahaya seperti H5N1 boleh membunuh dalam masa beberapa hari sahaja.
Kenapa ditakuti?
[sunting | sunting sumber]Untuk berjangkit, tiga perkara mesti berlaku terlebih dahulu:
- Munculnya virus jenis baru.
- Ia menyebabkan penyakit yang serius kepada manusia.
- Berjangkit dengan mudah sesama manusia.
Faktor pertama dan kedua sudah pun berlaku. Virusnya baru bagi manusia dan menyebabkan sakit yang serius. Walau bagaimanapun, oleh kerana setakat ini ia berjangkit dari burung kepada manusia, tahap ketiga belum lagi berlaku. Ia masih belum berjangkit dari manusia kepada manusia.
Inilah faktor yang ditakuti. Dikhuatiri virus itu akan terus bermutasi hingga ke tahap boleh berpindah dari manusia kepada manusia. Semakin banyak manusia dijangkiti, ia mungkin berpotensi untuk bermutasi. Jika suatu hari nanti ia berlaku, rawatan semakin mustahil. Ramai manusia akan mati.
Selesema burung sangat bahaya kepada manusia kerana sistem imun kita tidak mempunyai antibodi untuk menentang penyakit berasal daripada haiwan. Lantas ia bersarang di paru-paru dan menolak ubat-ubatan anti-bakteria serta antiviral dan membunuh manusia dengan cepat.
Orang dewasa sihat lebih berisiko dijangkiti virus selesema burung. Virus H5N1 menyebabkan tindak balas imunologi yang besar terhadap virus yang ada di dalam sistem imun orang yang paling kuat. Malangnya keadaan ini menyebabkan pula pembebasan enzim manusia yang dipanggil cytokines yang memusnahkan sel paru-paru.
Sehingga kini, lebih 60 orang mati di serata dunia kerana dijangkiti wabak selesema burung.
Bagaimana membendung selesema burung
[sunting | sunting sumber]Sehingga kini, belum ada penawar yang dapat mengubati unggas mahupun manusia. Apa yang dapat dilakukan ialah membunuh semua ternakan yang ada secara besar-besaran biarpun hanya seekor dua yang dijangkiti. Itu sahaja langkah terbaik setakat ini.
Menghapuskan ternakan ayam ini telah menjejaskan pula ekonomi sesebuah negara. Para penternak kerugian kerana ternakan ayamnya terpaksa dimusnahkan. Manakala penjual ayam runcit juga mengalami nasib sama kerana para pengguna takut hendak menyentuh atau makan ayam.
Bagaimana mencegah selesema burung berjangkit
[sunting | sunting sumber]Kita tidak semestinya memulaukan memakan ayam sama sekali. Apa yang penting ialah mengampil berat aspek kebersihan. Apa yangboleh kita lakukan ialah:
- Pastikan ayam masak sepenuhnya. Suhu memasak mestilah sekurang-kurangnya 70-75 darjah Celcius.
- Basuh tangan dengan sabun (sabun antibakteria) sebelum dan selepas menyentuh daging mentah.
- Basuh dengan bersih semua permukaan dan peralatan dapur yang terkena daging mentah.
- Masak telur sampai masak sepenuhnya. Elakkan makan telur separuh masak.
Jenis-jenis virus
[sunting | sunting sumber]Virus-virus Avian Influenza dikenali sebagai H5N1 (paling bahaya), H7N2, H1N7, H7N3M, H13N6, H5N9, H11N6, H3N6, HPN2, H5N2, H4N8, H10N7, H2N2, H8N4, H14N5, H6N5, H12N5, dan banyak lagi.
Rawatan dan pelalian
[sunting | sunting sumber]Gejala selesema burung pada manusia berbeza-beza dari selesema (demam, batuk, sakit kerongkong dan sengal otot) sehinggalah sakit mata, paru-paru berair, penyakit pernafasan teruk, dan beberapa komplikasi mengancam nyawa yang teruk. Gejala selesema burung bergantung kepada jenis virus yang menyebabkan jangkitan.
Terdapat ubat untuk rawatan dan pencegahan penyakit ini tetapi keberkesanannya masih dalam kajian. Virus H5N1 merupakan jenis virus yang dianggap paling merbahaya kerana mampu merebak kepada manusia dan menyebabkan kematian. Virus H5N1 kebal kepada ubat antivirus biasa seperti amantadine dan rimantadine. Dua jenis ubat antivirus lain, Oseltamavir (Tamiflu) dan zanamavir, kemungkinan berkesan merawat selesema yang disebabkan oleh virus H5N1. Setakat ini masih belum ada ubat pelalian.
Penyebaran
[sunting | sunting sumber]Pada 3 Januari 2014, seorang lelaki Kanada mati akibat H5N1.[1]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "First Human Avian Influenza A (H5N1) Virus Infection Reported in Americas". CDC. 8 Januari 2014. Dicapai pada 10 Januari 2014.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Selsema burung
- HPAI Diarkibkan 2004-09-29 di Wayback Machine