Selaran matahari
Selaran matahari | |
---|---|
Leher yang terkena selaran matahari | |
Pengkhususan | Dermatologi |
Gejala | Awal: Kulit kemerahan, panas, dan membengkak[1] Kemudian: Kulit mengelupas[1] |
Kerumitan | Penyahhidratan, jangkitan, kanser kulit, penuaan kulit, pembentukan bintik perang[1] |
Permulaan biasa | 2 hingga 6 jam selepas pendedahan[1] |
Punca | Pendedahan cahaya matahari, melawat salon penggelapan kulit[1] |
Kulit bertona lebih cerah, hidup di kawasan khatulistiwa, altitud tinggi, antara jam 10 page sehingga 2 petang, langit cerah, pancaran salji[1] | |
Dermatomiositis, erisipelas, gejala kulit lepuh stafilokokus, sindrom Sezary, fotodermatitis[2] | |
Pencegahan | Mengelak daripada terdedah dengan cahaya matahari sewaktu tengah hari, menyapu pelindung cahaya matahari, memakai pakaian pelindung cahaya[1] |
Rawatan | Ubat tahan sakit (NSAIDs), pelembap kulit[1][2] |
Prognosis | Kebiasaannya bagus[2] |
Kekerapan | 34% setiap tahun (AS)[2] |
sunting |
Selaran matahari merupakan kemerahan dan bengkak pada kulit yang berlaku akibat pendedahan sinaran ultraungu (UV) secara berlebihan.[1] Gejala tersebut dapat dikesan pada kulit selalunya bermula pada 2 hingga 6 jam selepas pendedahan. Antara gejala lain yang mungkin berlaku termasuklah kepedihan, kepanasan dan lepuh berlaku pada kawasan kulit yang terdedah. Selepas beberapa hari berlakunya selaran matahari pengelupasan kulit mungkin berlaku. Antara beberapa komplikasi yang boleh berlaku termasuklah penyahhidratan, jangkitan, kanser kulit, penuaan kulit dan penghasilan bintik perang.
Selaran matahari ini paling kerap berlaku disebabkan oleh pendedahan sinaran matahari secara berlebihan, walaupun boleh juga disebabkan oleh sumber lain seperti mengunjungi salon penggelapan kulit.[1] Mereka yang mempunyai kulit yang lebih cerah lebih cenderung untuk terkena selaran matahari. Antara beberapa faktor risiko lain mungkin termasuk tinggal berhampiran di khatulistiwa, altitud yang tinggi, antara 10 pagi dan 2 petang, langit cerah, atau disebabkan pantulan salji serta pengambilan ubat-ubatan tertentu.[2] Ubat-ubatan yang terlibat mungkin termasuk doksisiklina dan hidroklorotiazida. Mekanisme asas kecederaan kulit ini melibatkan kerosakan DNA diikuti dengan kematian sel teratur.
Antara beberapa langkah pencegahan termasuklah mengelak daripada terkena sinaran matahari sekitar waktu tengah hari, menyapu bahan pelindung cahaya matahari serta memakai pakaian pelindung matahari.[1] Antara beberapa jenis rawatan yang terlibat termasuklah penggunaan ubat tahan sakit seperti NSAID dan penggunaan pelembap kulit.[2] Selaran matahari yang parah mungkin memerlukan cecair intravena seperti cecair laktat Ringer.
Selaran matahari mengganggu kira-kira 34% penduduk Amerika Syarikat pada tahun 2015.[2] Golongan dewasa muda paling kerap terjejas. Sebelum tahun 1820 selaran matahari dipercayai disebabkan oleh haba.[3] Bahan pelindung matahari telah dibangunkan seawal Perang Dunia Kedua.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h i j k "Sunburn | DermNet NZ". dermnetnz.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2021. Dicapai pada 10 July 2021.
- ^ a b c d e f g Guerra, KC; Urban, K; Crane, JS (January 2021). "Sunburn". StatPearls. PMID 30521258.
- ^ Wang, Steven Q.; Lim, Henry W. (6 April 2016). Principles and Practice of Photoprotection (dalam bahasa Inggeris). Springer. m/s. 339. ISBN 978-3-319-29382-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 August 2021. Dicapai pada 10 July 2021.