Pergi ke kandungan

Sekretariat Orang Muda Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekretariat Orang Muda Selangor
Selangor Young People Secretariat
SERANG
JenisNGO
Ibu pejabatSelangor,  Malaysia
Penubuhan
PengasasBudiman Mohd Zohdi
Identiti
Orang pentingBudiman Mohd Zohdi (Pengasas/Pengerusi)
FokusSosial Politik
Laman sesawangwww.facebook.com/serang.fanpage
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) atau dalam bahasa Inggeris: Selangor Young People Secretariat merupakan sebuah NGO yang memperjuangkan isu-isu anak-anak muda dalam negeri Selangor[1] dan untuk memantau pentadbiran negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.[2] Mereka kebiasaannya mengadakan karnival, pertunjukan pentas dan deklamasi sajak dengan tujuan untuk menarik lebih ramai anak muda menyertai perjuangan mereka.[3] Pengerusi SERANG pada masa ini ialah Budiman Mohd Zohdi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kerusi Sungai Panjang, Selangor menwakili parti United Malays National Organisation (UMNO), komponen utama Barisan Nasional (BN).

Antara isu yang diketengah Budiman dan rakan-rakannya adalah pendidikan percuma yang dijanjikan oleh kerajaan negeri.[4]


  1. ^ BUDIMAN MOHD ZOHDI (8 June 2012). "Kekecewaan orang muda Selangor". Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang). Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-03. Dicapai pada 6 June 2016.
  2. ^ News. "PKNS comes under fire", The Star, 30 December 2012. Retrieved on 10 April 2013.
  3. ^ R. SITTAMPARAM. "Bangi all set for carnival", New Strait Times, 7 July 2012. Retrieved on 9 April 2013.
  4. ^ News. "Speakers sing ‘battle songs’ for BN’s victory", The Star, 2 December 2012. Retrieved on 10 April 2013.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]