Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Sabah
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa | |
---|---|
Lokasi | |
Kampong Air Kota Kinabalu, Peti Surat 10215,, 88802, Kota Kinabalu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6088225052 |
Kod sekolah | XCC4006 |
Faks | 6088230217 |
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Kampong Air Kota Kinabalu atau nama ringkasnya SRJK(C) Chung Hwa Kg Air K Kinabalu, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Kampong Air Kota Kinabalu, Peti Surat 10215,.
Pada 2009, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Kampong Air Kota Kinabalu memiliki 1116 pelajar lelaki dan 1030 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2146 orang. Ia mempunyai seramai 90 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]SRJK Chung Hwa dibina pada tahun 1917. Pengasas sekolah ialah Oh Hou Teck. Sebelum ini, ia merupakan sebuah sekolah swasta yang diuruskan oleh orang Hokkian dan bertempat di Bangunan Majlis Bandaraya Kota Kinabalu. Jumlah murid pada masa itu hanya 30 orang sahaja.
Pada tahun 1918, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hua telah membuat permohonan kawasan pembinaan sekolah dengan kerajaan di Jalan Pantai Selatan. Selepas itu, barulah dibina sebuah Bangunan Papan yang bertingkat tiga dan jumlah murid meningkat ke lebih kurang seratus orang.
Untuk mengatasi masalah kekurangan asas, Encik Nee mencadangkan kepada pihak Lembaga Pengurus Sekolah agar mengubah bina asrama guru kepada sebuah bangunan serba guna 4 tingkat. Bangunan ini terdapat kantin, tandas murid, makmal sains, bilik kemahiran hidup, bilik komputer, klinik pergigian, bilik agama, bilik muzik, bilik tarian, bilik pancaragam, bilik orkestra cina, bilik audio-visual, dan bilik mesyuarat. Cadangan tersebut telah diluluskan dan projek pembinaan dijangka akan bermula pada bulan November.
Pada tanggal 11 Oktober, tender bagi projek pembinaan bangunan serba guna 4 tingkat diperolehi oleh Syarikat Medarat Renovation S/B dengan harga minimum RM 1.68 juta. Pengarah Lembaga Pengurus Sekolah Encik Chong Choon Kim dan Pengerusi PIBG Encik Lui Yen Sang mengetuai dan merancang aktiviti pengumpulan modal bagi menjayakan projek itu.
Upacara meletakkan batu asas di bangunan serba guna 4 tingkat telah diadakan pada 16 Mei. Pihak sekolah telah menjemput Y.B. Yong Teck Lee, Ketua Menteri Sabah untuk merasmikan upacara tersebut.
Senarai Guru Besar
[sunting | sunting sumber]- 1946 - Datuk Lim Hong Nge
- 1947-1949 - Chang Sang Yung
- 1950-Jun 1952 - Chin Ti Ching
- Jun 1952-Dec 1956 - Wang Chung Jin
- Jan 1953-Jun 1953 - Chia Yick Teck
- 1957-1967 - Yong Tze Fung
- 1958 - Chia Hiap Jee
- 1959-1978 - Chin Miaw Yin
- 1979-May 1990 - Shim Vui Kong
- May 1990-Aug 1996 - Ni Min Fui
- Aug 1996 - Datuk Eng Thiam Leong
- 2020 - Tai Nyit Wun
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa
- Kampong Air Kota Kinabalu
- Peti Surat 10215,
- 88802, Kota Kinabalu
- Sabah, Ambiguous code; please visit {{MAL}}
- Telefon = 6088225052
- Fax = 6088230217