Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19
Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19 | |
---|---|
Lencana SESMA | |
Lokasi | |
Seksyen 19, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah rendah agama, Sekolah kerajaan |
Pengenalan
[sunting | sunting sumber]Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19 Shah Alam, atau ringkasnya, SRAI19, merupakan sebuah sekolah rendah agama di bawah kelolaan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). SRAI19 merupakan salah sebuah dari sebelas (11) buah SRAI yang terdapat di 8 daerah di seluruh Selangor. Sekolah ini mengabungkan Kurikulum Sekolah Rendah Agama JAIS dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) /Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR). Waktu operasi pengajaran dan pembelajaran adalah dari jam 7.30 pagi hingga jam 3.30 petang.
Objektif
[sunting | sunting sumber]Mewujudkan persekolahan satu sesi di sebuah sekolah sahaja, ini akan membolehkan kualiti keselamatan dapat dipertingkatkan
Mempertimbangkan asuhan agama yang lebih menekankan amalan dapat dilaksanakan, ini memenuhi hasrat ibu bapa dan masyarakat yang berkehendakkan anak –anak mereka mendapat pendidikan Islam yang lebih mantap
Untuk meningkatkan mutu pendidikan melalui Kurikulum Bersepadu dan seimbang menepati tuntutan Falsafah Pendidikan Islam JAIS.
Menyediakan asas pembinaan diri manusia yang mantap dan berkualiti samada dari aspek ilmu – ilmu Fardhu Ain atau Fardhu Kifayah
Mempertingkatkan dan memperkembangkan lagi sistem persekolahan agama di Negeri Selangor di samping mempastikan agar kelangsungan sistem persekolahan agama di negeri Selangor tidak tergugat
Matlamat
[sunting | sunting sumber]Memberi pendidikan asas kurikulum JAIS dan akademik ( KBSR ) kepada semua kanak – kanak Islam di Negeri Selangor bagi melahirkan pelajar yang sepenuhnya berilmu dan berakhlak mulia, kukuh dengan nilai – nilai Islam bagi mencapai muslim yang bertakwa serta mendapat keredhaan Allah
Menyediakan sistem persekolahan agama negeri Selangor yang lebih teratur bermula daripada peringkat rendah bagi membolehkan murid-muridnya meneruskan pembelajaran di peringkat menengah dan seterusnya ke Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negeri
Jabatan Agama Islam Selangor mengambil daya usaha awal merealisasikan pelaksanaan sekolah satu sesi
Dengan menempatkan pelajar – pelajar di sebuah sekolah sahaja, akan dapat meningkatkan kualiti kawalan dan keselamatan pelajar – pelajar berkenaan
Senarai SRAI di negeri Selangor
[sunting | sunting sumber]-
Bil. | Nama SRAI | Alamat | No. Telefon |
---|---|---|---|
1. | Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, | Jalan Gelora 19 / 46 Seksyen 19,40300 Shah Alam. | 03-55424950 |
2. | Sekolah Rendah Agama Integrasi Dato' Mufti Yusuf Shahabuddin, | Jalan Plumbum 7/99, Seksyen 7,40000 Shah Alam. | 03-55180799 |
3. | Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang, | 43700 Beranang ,Hulu Langat. | 03-87668048 |
4. | Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi, | Jalan Kemajuan 60 / 6 Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang | 03-89254714 |
5. | Sekolah Rendah Agama Integrasi Salak Tinggi, | 43900 Sepang | 03-87063979 |
6. | Sekolah Rendah Agama Integrasi Taman Keramat, | Jalan AU 2A, 54200 Ampang/ Ulu Kelang | 03-42573911 |
7. | Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Chinchin | Batu 7 Jalan Gombak, 53100 Gombak | 03-61875464 |
8. | Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah, | Jalan Sentosa 64, Kawasan 19, Batu Belah,41200 Klang. | 03- 33410810 /Faks: 33410816 |
9. | Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Kuala Selangor | 45000 Kuala Selangor. | 03-32893739 |
10. | Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Manggis, | 42700 Banting Kuala Langat. | 03-31813122 |
11. | Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Sabak, | Kompleks Sekolah Agama Muhammadiyah,45200 Sabak Bernam. | 03-32162257 |