Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kudin
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kudin | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Jalan Cheroh, 27600, Raub,, Pahang Darul Makmur![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Ilmu Cahaya Hidup |
Nombor sekolah | 6093551185 |
Kod sekolah | CEA6022 |
Pengetua | Lukman Yatimi Bin Ahmad |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Hajah Khuzaimah Binti Abdul Talib |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Mohd Aris Bin Abd Karim |
Penolong Kanan Kokurikulum | Adnan Bin Ahamad |
Faks | 6093561289 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kudin atau nama ringkasnya SMK Tengku Kudin(SEMTEK) merupakan sebuah sekolah menengah kerajaan yang terletak di jalan raya utama di daerah Raub iaitu Jalan Cheroh.
Sekolah ini ditubuhkan pada awal tahun 1964 dan diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Raub. Pada peringkat awal sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan, Jalan Lipis, Raub kerana belum mempunyai bangunan sendiri. Sekolah ini juga ditubuaksn di bawah Sistem Pelajaran Aneka Jurusan. Pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai 65 orang murid Tingkatan satu dan lima orang guru serta dilaksnakan pada sesi petang. Pada tahun 1966, sekolah ini mempunyai bangunan sendiri yang dibina di Jalan Cheroh, Raub dan telah dirasmikan olah YB Encik Mohd Khir bin Johari, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu pada 4 September 1967.
Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran(SRP) mula diduki oleh pelajar sekolah ini pada tahun 1967 dan Peperiksaan Sijil Malaysia(SPM) pada tahun 1969. Temasya sukan tahunan sekolah mula diadakan buat kali pertama pada tahun 1970 sekolah bertempat di padang Sekolah Rendah Mahmud Raub. Pada tahun1973, sebuah kelas Sains Tambahan bagi pelajar Tingkatan Empat telah diwujudkan. Pada tahun yang sama iaitu pada 25 Ogos 1973, sekolah ini telah mengadakan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah kali pertama. Upacara perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh pengarah Pelajaran Pahang iaitu Encik Tan Booh Lin, PJK.
Sekolah ini pada mulanya hanya mempunyai lapan buah bangunan yang terdiri daripada empat bangunan asrama dan empat bangunan sekolah. Pada April 1974 sebuah bangunan baru telah baru dibina yang mempunyai empat buah bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan dan tiga buah makmal. Sebuah dewan juga telah dibina pada tahun yang sama.
SEMTEK juga telah mendapat penghargaan penting daripada institusi pendidikan negara misalnya sebagai salah satu sekolah yang terlibat dalam Program Transformasi Sekolah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.Tambahan pula SEMTEK juga pernah mencapai prestasi cemerlang dalam ujian antarabangsa yang diwakili oleh semua bangsa utama tidak kira Melayu,India,Cina dan Orang Asal.
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kudin
- Jalan Cheroh
- 27600, Raub
- Pahang, Malaysia
- Telefon = 6093551185
- Fax = 6093561289