Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan | |
---|---|
Alamat | |
Jalan Sekolah Derma![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Sukan Negeri, Sekolah Harian |
Moto | Bertekun Kunci Kejayaan |
Nombor sekolah | 6049766217 |
Kod sekolah | REA0056[1] |
Pengetua | Encik Muhamad Rizal bin Ibrahim |
Tenaga pengajar | 82 |
Kelas | Tingkatan 1 - 5 : 22
Tingkatan 6 : 4 PPKI : 10 |
Slogan | It All Begins Here |
Lagu | Bertekun Kunci Kejayaan |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Abdul Latiff bin Ahmad (Pemangku) |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Norizal bin Mustapa |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Mohd Zaki bin Mohamad Radzi |
Faks | 6049776641 |
Laman sesawang | http://smkshssn.blogspot.com |
![]() |
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan atau nama ringkasnya SMK Syed Hassan, merupakan sebuah Sekolah Sukan Negeri Perlis dan Sekolah Menengah Harian yang terletak di Jalan Sekolah Derma, Kangar Perlis.
Pada Januari 2024, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan memiliki 447 orang pelajar perdana (tingkatan 1 – 5), 62 orang pelajar PPKI dan 48 orang pelajar Tingkatan 6, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 557 orang. Ia mempunyai seramai 80 orang guru dan 20 orang Anggota Kumpulan Pelaksana. Terdapat 22 buah kelas, terbahagi kepada 12 kelas menengah rendah dan 10 kelas menengah atas. Bagi menengah rendah terdapat 4 kelas dari setiap tahap dan satu daripadanya adalah kelas aliran muzik. Bagi menengah atas terdapat 5 kelas di setiap tahap dan pecahan aliran yang terdapat di peringkat menengah atas ini adalah Sains Tulen, Sains Sosial, MPV, dan PVMA.
Sekolah Sukan Negeri (SSN) ini telah beroperasi secara menumpang di sekolah-sekolah biasa sejak tahun 2002. SSN telah mendapat suntikan baru apabila Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan telah meluluskan Pelan Pembangunan Sukan Sekolah-sekolah dalam mesyuaratnya pada 30 Jun 2005. Beberapa peruntukan sukan telah diberi, antaranya menaiktarafkan kemudahan sukan, pembinaan gelanggang serbaguna dan peruntukan pembelian peralatan sukan. Perlaksanaan SSN secara rasmi dan beroperasi sebagai sebuah sekolah sukan mulai ambilan pelajar Tingkatan Satu 2009 dan akhirnya akan menjadi Sekolah Sukan Berasrama. Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan menawarkan Program Khas Latihan untuk enam jenis sukan iaitu olahraga, bola sepak, bola jaring, hoki, badminton dan sepak takraw. Pengambilan atlet dan pelajar ke SMK Syed Hassan, Sekolah Sukan Negeri Perlis adalah melalui tiga kaedah iaitu Talent Identification (Ujian Tid) Tingkatan 1, Talent Scouting (Tingkatan 2 - 5) dan Talent Nomination (Laluan Khas).
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan ditubuhkan pada 10 Januari 1965 dengan nama Sekolah Menengah Kangar (L) di sebelah petang (di belakang Pejabat Pos Kangar). Bilangan murid seramai 151 orang iaitu 99 orang lelaki dan 52 orang perempuan. Guru sekolah ini seramai 3 orang. Pada tahun 1966, pelajarnya telah bertambah menjadi 361 dan guru seramai 14 orang. Pada Januari 1967 sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru yang mengandungi 12 bilik darjah, di Jalan Sekolah Derma. Pada tahun 1967, kumpulan pertama pelajar sekolah ini telah menduduki peperiksaan SRP. Pada 14 Mei 1968, sekolah ini telah dirasmikan dengan nama Sekolah Menengah Syed Hassan, Kangar bersempena dengan nama Y.T.M Almarhum Tuan Syed Hassan Ibni Almarhum Syed Mahmud. Majlis ini telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis, Syed Putra Jamalullail. Upacara ini telah disaksikan oleh DYMM Raja Perempuan, YAB Datuk Menteri Besar, Tan Sri Sheikh Ahmad, YB Menteri Pelajaran, En. Mohd Khir Johari, pembesar-pembesar negeri dan rakyat.
SMK Syed Hassan pernah diterajui oleh:
1. Wan Din b. Che Mat (1965-1972)
2. Ibrahim b. Shahar (1973-1980)
3. Yahya b. Man @ Othman (1981-1988)
4. Mohd Yusof b. Abd Rahman (1988)
5. Sulaiman b. Ismail (1989-1995)
6. Zainol Rashid b. Mohd Zain (1995)
7. Marzuki b. Ahmad (1995-1997)
8. Samsu b. Abas (1997-2000)
Teraju kepimpinan selepas bergelar SSN ialah:
1. Abdul Aziz bin Abdullah (2001-2010)
2. Azni bin Man (2010-2012)
3. Azemi bin Abu (2012 - 2017)
4. Rose Aza bin Che Arifin (2017 - 2023)
5. Muhamad Rizal bin Ibrahim (2023 - kini)
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]BERTEKUN KUNCI KEJAYAAN
[sunting | sunting sumber]Bertekun untuk jaya,
Mencapai cita mulia
Mencari pedoman, mencari pengetahuan
Bekalan hidup bahagia
Kan kami harumkan namaSekolah, nusa dan bangsa
Kan kami tetap sematkan di dada
Bertekun kunci kejayaan
Di bidang pelajaran, juga di bidang sukanTetap kami perjuangkan
Bersama kita berusaha
Mencapai cita jaya
Kan kami harumkan namaSekolah, nusa dan bangsa
Kan kami tetap sematkan di dada
Bertekun kunci kejayaan
Bertekun kunci kejayaan
Komposer / Penulis Lirik : Cikgu Dahasry Bin Abdul Rahman
Lagu Pelajar Sejati
[sunting | sunting sumber](Solo)
Tidak Lemah Tidak Mengalah
Itulah Rahsia Hikmah
Menjadi Teladan Contoh
Walau Dirempuh Masalah
Hasrat Jadi Insan Yang MuliaSiang Dan Malam Kami Berdoa
Tetapkan Hati Kuatkan Jiwa
Azam Kami Untuk Berjaya
(Korus )Pelajar Sejati Capai Impian
Sahsiah Terpuji Kami Kotakan
Takkan Tewas Waktu Berlawan
Semangat Juang Kami War-Warkan
Pelajar Sejati DiungguliSemua Cabaran Kami Tempuhi
Ilmu Terpahat Disanubari
Tekad Kami Julang Pertiwi
Pelajar Sejati Ikrar KamiBerdisiplin Berjiwa Murni
Beriltizam Dan Bercita Tinggi
Janji Kami Takkan Khianati
Tuntut Ilmu Tujuan KamiTanpa Berasa Sangsi
Julang Guru Mithali
Kami Hormati Ilmu Diberi
(Ulang Korus)
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan (Sekolah Sukan Negeri Perlis)
- Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis, Malaysia.
- Telefon : +604-9766217
- Faks : +604-9776641
- E-Mel: rea0056@moe.edu.my
- Blog Rasmi: https://smkshssn.blogspot.com
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Facebook Rasmi SMK Syed Hassan