Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Siburan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Siburan
Lokasi
Sarawak Km-29, Jln Kuching/Serian, 94200, Kuching, Sarawak
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERILMU BERJASA
Nombor sekolah6082864208
Kod sekolahYEE1302
Pengerusi PIBGEn.Agong Janang
PengetuaEn.Patrick Pawan
GPK Pentadbiran dan AkademikEn.Daniel Tajen
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn.Empari Bridi
Penolong Kanan KokurikulumEn.Dickson Melan
Faks6082864710
REACH FOR THE STARS


Sekolah Menengah Kebangsaan Siburan telah bermula dengan rasminya pada Julai 1977. Ia terletak berdekatan dengan Pekan Siburan. Buat permulaanya Jabantan Pendidikan Sarawak mengubahsuai bangunan lama yang asalnya sebuah sekolah cina dengan 8 buah bilik darjah sahaja.
Pada masa itu, terdapat 13 orang guru, 270 orang pelajar dan 3 staf sokongan. Pengetua pertama ialah En. Peter Wong. Berikutan bilangan pelajar yang semakin meningkat, Jabatan Pendidikan Sarawak membina bangunan baharu yang mempunyai 8 bilik darjah dan ia terletak 2.4 km di tapak yang sama.
Seiring dengan pertambahan pelajar yang mendadak, Jabatan Pelajaran telah mengenalpasti tapak tapak baru dan memulakan pembinaan sekolah baru pada tahun 1985 dibiayai oleh Bank Dunia dengan kos RM 5,471,300.00. Pembinaan sekolah telah siap dan diserahkan dengan rasminya kepada Jabatan Pendidikan Sarawak pada 2 Ogos 1987. Permulaan penggal kedua iaitu 20 Ogos 1987 merupakan detik yang bersejarah kerana murid belajar di sekolah baru.
SMK Siburan sekarang merupakan antara sekolah terbesar di Sarawak dengan seramai 2872 orang pelajar,148 orang guru dan 20 orang staf sokongan.

Senarai Pengetua

[sunting | sunting sumber]
  • En. Peter Wong (1977-1978)
  • En. Tay Jui Kwang (1978-1985)
  • En. Jee Teck Fong (1987-1993)
  • En. John Lim Soon Bee (1992-1993)
  • En. Bong Muk Sin (1993-1994)
  • Pn. Connie Aping Trang (1995-2005)
  • En. Tilai Balla Udan (2005-Feb 2014)
  • Pn. Lucy Kelon (Feb 2014-2019)
  • Pn. Wong Nguk Chin (Jul 2019-Jun 2020)
  • En. Patrick Pawan (2020-sekarang)

Senarai Yang Di-pertua PIBG

[sunting | sunting sumber]
  • En. Bernard Lehi (1988-1989)
  • En.Rocky Wahab (1989-1991)
  • En. John Lah (1991-1993)
  • Encik Lester Rijet (Jan 1993-Jun 1993)
  • En. Martyn Patit (Jun 1993-1997)
  • En. Wilfred Ahmin Gumug (1997-Mei 2007)
  • En. Robert Siaw (Mei 2007-Oktober 2010)
  • Temenggung Austin Dimin (Oktober 2010- 2018)
  • En. Agung Janang (2018-kini)
Sekolah Menengah Kebangsaan Siburan,
Km-29, Jln Kuching/Serian,
94200, Kuching,
Sarawak,
Malaysia.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]