Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya
Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 333714653 |
Kod sekolah | BEA0111 |
Faks | 333714417 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya telah dibuka dengan rasminya pada 9 Jun 2003. Sekolah ini beralamat di Jalan
Raja Nong off Jalan Kota Raja, 41000 Klang. Berstatuskan sekolah menengah harian biasa, sekolah ini menempatkan pelajar dari
Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam. Sekolah ini telah mula beroperasi pada 1 Januari 2004 dibawah pentadbiran pertamanya
iaitu Puan Hjh Fatimah bt Mat Tamin dan dibantu oleh dua orang "care taker" iaitu Puan Hjh Mawarni bt Yahya (Penolong Kanan
Pentadbiran) dan Puan Hjh Jamaliah bt Rais sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Pada 1 Januari 2004, sekolah ini telah mula
menerima kemasukan seramai 158 orang dan 19 orang guru.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2005, SMK Shahbandaraya telah menerima 62 orang orang pelajar bagi kumpulan pertama Program Pelajar Rancangan Khas (KRK) dan juga mengambil pelajar Pra Universiti Aliran Sains manakala pengambilan pelajar aliran sastera Pra Universiti dilakukan pada tahun 2006. Tahun 2006 juga merupakan tahun pertama seramai 118 orang pelajar SMK Shahbandaraya meduduki peperiksaan awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sekolah ini.
Sebelum menggunakan nama SMK Shabandaraya, sekolah ini telah didaftarkan atas nama SMK Kampung Jawa 2. Memandangkan terdapat 4 buah sekolah yang menggunakan nama Kampung Jawa, terdapat pelbagai kekeliruan dan masalah yang timbul dalam kalangan
masyarakat di sini, maka melalui surat KP (JPS) 5181/57/Jld. 7 (57) bertarikh 13 Oktober 2005 dengan secara rasminya nama sekolah ini telah
ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya sehingga kini SMK SHAHBANDARAYA TIADA LAGI TINGKATAN 6.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]1.Pertandingan Pusat Sumber Peringkat Daerah Klang
1.Juara Pertandingan Pusat Sumber Peringkat Daerah Klang. 2.Pertandingan Pusat Sumber Peringkat Negeri Selangor.
1.Juara Pertandingan Pusat Sumber Peringkat Negeri Selangor. 2.Pertandingan Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan.
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya
- Jalan Raja Nong
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 333714653
- Fax = 333714417