Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan | |
---|---|
Lokasi | |
Bandar Baru Peramu, 26600, Pekan,, Pahang Darul Makmur Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah Aliran Agama, Sekolah Konsep Berasrama Penuh, Sekolah Model Khas, Sekolah Projek Indera Shahbandar Pahang, Sekolah Bestari Malaysia, Sekolah Kluster Kecemerlangan |
Moto | Cemerlang Sekarang,Cemerlang Akan Datang |
Nombor sekolah | 6094264221 |
Kod sekolah | CEA5074 |
Pengerusi PIBG | Encik Mohd Arif Bin Zakaria |
Pengetua | Puan Zahamana Binti Zainuddin |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Tn Hj Mohd Kamar Bin Hashim |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Abdul Hafiz Bin Ishak |
Faks | 6094264220 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan atau nama ringkasnya SMK Seri Pekan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Bandar Baru Peramu.
Pada 2018, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan memiliki murid seramai 463 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.2018
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Konsep asal penubuhan SISP ini adalah merealisasikan hasrat Menteri Pendidikan Malaysia pada waktu itu iaitu YB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak semasa pertemuan dengan Pengarah Pelajaran Pahang pada 24 November 1996. Dua buah sekolah rintis yang dipilih ialah SMK Seri Pekan dan SM Clifford, Kuala Lipis.
Pembangunan sekolah ini melalui satu proses evolusi yang bermula dengan pembinaan:
- Bangunan Sekolah 1996
- Dua blok asrama 1997
- Tambahan 2 blok asrama 2000
- Dewan dan surau 2001
Dalam bangunan yang sama juga ditempatkan 5 blok Kuarters Institusi Pendidikan yang menampung hampir 150 keluarga kakitangan pelajaran. Keluasan keseluruhan tapak ialah 38 ekar yang merangkumi sekolah, asrama, rumah guru dan Kuarters Institusi Pendidikan.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan
[sunting | sunting sumber]Falsafah Sekolah
Sebagai insan,pelajar-pelajar mempunyai hak untuk mendapat pendidikan. Mereka boleh dididik dan diajar serta boleh mencapai kejayaan. Sekolah bertanggungjawab mendidik dan mengajar mereka untuk menjadi insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani.
Visi
- 1997 - Menitiskan pendidikan cemerlang oleh pendidik cemerlang dengan budaya khidmat cemerlang supaya pelajar berterusan cemerlang untuk kecemerlangan agama,bangsa dan negara.
- 2006 - Sekolah Harapan Negara 2008
- 2008 - Sekolah Cemerlang 2008
- 2009 - Sekolah Cemerlang 2013
- 2014 - Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi
- Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang
- Melibatkan pelajar secara menyuluruh dalam kokurikulum dan membina sekolah berwatak
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif
- Memupuk nilai murni dan sahsiah yang terpuji
- Mewujudkan pengurusan yang cekap dan berkesan
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]Tajuk : Cemerlang Sekarang Cemerlang Akan Datang
SMKSP pasti kami sanjungi
Kecemerlangan duniawi ukhrawi
Membentuk diri,jiwa dan minda
Kamil dan berkarisma
Cemerlang sekarang cemerlang akan datang
Kalimah kearah kejayaan
Sama seiring para guru tercinta
Mendidik kami memertabatkan ummah
Wadah kami untuk perjuangan
Ilmu amal bestari
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan
Menuju era kegemilangan
Pencipta : Azhar Ali/Amri Aminullah
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]2007: Sekolah Harapan Negara 2007
2011: Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)
- Kebitaraan Akademik : Bahasa Inggeris
- Kebitaraan Kokurikulum: Kriket
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan
- Bandar Baru Peramu
- 26600, Pekan
- Pahang, Malaysia
- Telefon = 6094264221
- Fax = 6094264220