Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang, Kedah
Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang Jalan | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Jalan Kuala Sanglang, 06150, Ayer Hitam,, Kedah Darul Aman![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6047949475 |
Kod sekolah | KEA4037 |
Faks | 6047949475 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang atau nama ringkasnya SMK Sanglang, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kuala Sanglang.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang memiliki 227 pelajar lelaki dan 199 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 426 orang. Ia mempunyai seramai 39 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang telah ditubuhkan pada 1 Januari 1985 yang terdiri dari sebuah blok yang mengandungi 4 buah bilik darjah dan sebuah pejabat dengan berkongsi permis Sekolah Kebangsaan Sanglang di Daerah Kubang Pasu. Pengambilan pertama pelajar ialah seramai 73 orang dengan 6 orang guru serta 3 kakitangan bukan akademik sebagai tenaga manusia yang membolehkan penubuhan sekolah ini.
Pembinaan bangunan baru sekolah ini bermula pada bulan Mei 1986 di atas sebuah kawasan seluas 25 ekar. Sekolah ini dibina di bawah Rancangan Malaysia Kelima dengan bantuan kewangan Bank Dunia. Projek ini bernilai RM 1, 835, 000.
Pada 29 Januari 1988, Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang telah berpindah ke lokasi baru. Perasmian dilakukan oleh Y.B. Tan Seri Haji Osman Bin Haji Aroff PSM,DHMS,TP, Menteri Besar Kedah Darul Aman pada 17 Disember 1991. Pengetua pertama ialah Tuan Haji Wahab bin Amin yang telah berkhidmat dari 1 Januari 1985 hingga 15 Disember 1987.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang yang terletak di sempadan Kedah dan Perlis mempunyai keunikannya yang tersendiri. Sekolah ini dikelilingi oleh sawah padi dan terletak 5 km dari Pekan Ayer Hitam dan kira-kira 32 km dari Alor Setar. Kedudukannya yang bersempadan dengan negeri Perlis Indera Kayangan menyebabkan budaya masyarakat lebih banyak dipengaruhi oleh iklim negeri tersebut.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang
- Jalan Kuala Sanglang
- 06150, Ayer Hitam
- Kedah, Malaysia
- Telefon = 6047949475
- Fax = 6047949475