Sekolah Menengah Kebangsaan Paris
Sekolah Menengah Kebangsaan Paris | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6089791200 |
Kod sekolah | XEA2079 |
Faks | 6089791200 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Paris atau nama ringkasnya SMK Paris, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di daerah Kinabatangan Sabah. Penubuhan sekolah ini adalah atas hasil usaha Datuk Dr Yassin Bin Haji Amat, Pegawai Pendidikan Bahagian (PPB) Sandakan sekitar tahun 90-an. Penubuhan sekolah ini atas permintaan Al Marhum Haji Tukang Bin Parenrang yang mana merupakan tokoh berpengaruh dalam kalangan penduduk mukim paris.
SEKOLAH TERDEKAT 1. SK.Paris 3 -63M 2. SK.Paris 1 -8.5KM 3. SK. Sandau -7.8KM 4. SK. Batu Puteh -26.7KM 5. SMK.Bukit Garam I -56.5KM 6. SMK. Bukit Garam II-55.9KM 7. SMK. Sukau -82.4KM
BANDAR TERDEKAT 1. LAHAD DATU -47KM
PEKAN TERDEKAT 1. KINABATANGAN -57KM
KLINIK TERDEKAT 1. KLINIK BATU PUTEH -26.7KM 2. KLINIK MABELLO PARIS 3 - 98M
Pada 2021, Sekolah Menengah Kebangsaan Paris memiliki 287 pelajar lelaki dan 280 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 567 orang. Seramai 39 orang guru dan seramai 5 orang AKP.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]SMK. Paris mulai dibuka pada 01 Januari 1999. Ketika itu, keperluan pembukaan sekolah amat diperlukan kerana jumlah pelajar yang amat padat di SMK. Bukit Garam. Berikutan pertambahan dan kepadatan murid di SMK. Bukit Garam Kinabatangan, mendorong Encik Mohd Zain Bin Johari, Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan berusaha menempatkan seramai 98 orang murid tingkatan satu di SMK. Paris.
SMK PARIS SEKOLAH MENUMPANG Penubuhan sekolah adalah menumpang atas tanah dan bangunan Sekolah Rendah Paris 3, Kinabatangan. Murid kumpulan pertama 01 Januari 1999 menggunakan dua blok bangunan kayu SK Paris 3. Bangunan blok kayu ini adalah pembinaan projek kilat dengan kerjasama penduduk tempatan. Kini SMK. Paris telah berusiah 22 Tahun dan sehingga kini masih menumpang tapak dan bangunan SK Paris 3. 09 Ogos 1999 SMK. Paris mendapat kunjungan Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak untuk menyempurnakan upacara pecah tanah di tapak sebenar sekolah yang terletak 6 km dari SK. Paris 3. Namuan sehingga kini SMK. Paris masih berharap mendapat tapak dan bangunan sendiri.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Paris
- Wdt 220 Kinabatangan
- 90200, Sandakan
- Sabah, Malaysia
- Telefon = 6089791200
- Fax = 6089791200