Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Muara Tuang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Muara Tuang
Lokasi
 Malaysia Km 9, Jalan Dato Mohd Musa, 94300, Kota Samarahan,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoBerusaha, Berdisiplin & Berilmu
Nombor sekolah6082615422
Kod sekolahYEE8101
Pengerusi PIBGEn Haji Nawi Bin Haji Som
PengetuaPn. Setia Binti Ken
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Noruden Bin Haji Nong
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Mohd Abil Hafiz Bin Abdullah
Penolong Kanan KokurikulumEn. Eng Bung Chai
Faks6082615422
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Muara Tuang atau nama ringkasnya SMKMT merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di KM 9, Jalan Dato Mohd Musa.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Muara Tuang memiliki 1140 pelajar lelaki dan 1225 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2365 orang. Ia mempunyai seramai 162 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Muara Tuang terletak di kawasan seluas 36.61 hektar iaitu kira- kira 25 kilometer dari bandar raya Kuching dan 10 kilometer dari Kota Samarahan. Sekolah Menengah Kebangsaan Muara Tuang bermula pada tahun 1971 secara menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Lumba Kuda, di Jalan Wiliam Tan. Pada masa itu kelas tingkatan 1 himgga 3 dibuka dengan kira-kira 1000 orang pelajar.

Pada tahun 1981, sekolah ini berpindah ke tapak barunya yang mula menyediakan kelas tingkatan 1 hingga 3 sahaja. Selepas itu, kelas tingkatan 4 dan 5 mula dibuka apabila jumlah pelajar semakin bertambah. Pada tahun 1999, kelas aliran sains bagi tingkatan 4 dan seterusnya hingga tingkatan 5 mula ditawarkan. Sejarah seterusnya tercipta apabila kelas tingkatan 6 ditawarkan tahun 2003.

==Pencapaian == Menang Choral Speaking

Sekolah Menengah Kebangsaan Muara Tuang
Km 9, Jalan Dato Mohd Musa
94300, Kota Samarahan
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082615422
Fax = 6082615422


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]