Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Medini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Medini
Lokasi
Nusajaya , Gelang Patah, Johor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSepara Kerajaan & Swasta, Sekolah Berasrama
MotoTerokai untuk Terajui
Nombor sekolah075511560
Pengetua1. Pn Fareza 2. Pn Marsitah
Faks07-5510041
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Medini ditubuhkan pada tahun 2014 dibawah Yayasan Amir. SMK Medini akan di pantau setiap 5 tahun oleh Syarikat-syarikat Swasta bagi membangunkan sekolah ini dari segi kemudahan Infrastruktur, pendidikan di dalam kelas, penyelenggaran bangunan sekolah, asrama, perpustakaan sekolah serta surau SMK Medini. Smk Medini terletak di kawasan EDU-City yang bermaksud kawasan yang dikekilingi oleh University, College, Stadium dan lain- lain.

Yayasan Amir akan mengambil alih dalam aspek Kurikulum Pendidikan Para Pelajar, Pentadbir serta Guru, Data Perolehan, Peraturan Sekolah & Asrama, Dana, dan Jadual Persekolahan.

Pembelajaran di SMK Medini menggunakan Abad 42. Setiap Pelajar akan bergerak ke bilik- bilik khas mengikut mata pelajaran lain apabila tamat 1 mata pelajaran tersebut. Dengan kata lain para pelajar tidak akan menunggu guru di dalam Kelas malah guru tersebut akan menunggu ketibaan para pelajar tersebut. Setiap guru mata pelajaran akan mempunyai bilik yang dilengkapi dengan keperluan mengajar mengikut subjek yang di ajar. Para pelajar di SMK Medini didedahkan dengan cara pembelajaran di peringkat Institut Pelajaran Tinggi (IPT).

Mata Pelajaran yang ditawarkan di SMK Medini, Nusajaya, Johor Malaysia.

Menengah Rendah

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Ibunda ( Bahasa Cina & Bahasa Tamil)
  • English
  • Matametik
  • Sains
  • Pendidikan Islam
  • Reka Bentuk Teknologi
  • Pendidikan Jasmani & Kesihatan

Menengah Atas

Kuantum

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Ibunda (Bahasa Cina & Bahasa Tamil)
  • English
  • Matematik Modern
  • Matematik Tambahan
  • Pendidikan Islam
  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Pendidikan Jasmani & Kesihatan

Sinergi

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Ibunda (Bahasa Cina & Bahasa Tamil)
  • English
  • Matematik Modern
  • Matematik Tambahan
  • Pendidikan Islam
  • Sains
  • Prinsip Perakaunan
  • Business
  • Pendidikan Jasmani & Kesihatan

Dinamik

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Ibunda (Bahasa Cina & Bahasa Tamil)
  • English
  • Matematik Modern
  • Sains
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Jasmani & Kesihatan
  • Business
  • Sains Rumah Tangga

Inovasi

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Ibunda (Bahasa Cina & Bahasa Tamil)
  • English
  • Matematik Modern
  • Sains
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Jasmani & Kesihatan
  • Pertanian
  • Business

Esensi

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Ibunda (Bahasa Cina & Bahasa Tamil)
  • English
  • Matematik Modern
  • Sains
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Jasmani & Kesihatan
  • Business
  • Pendidikan Seni Visual

Syarat bagi kemasukan Pelajar ke SMK Medini setiap tahun adalah dengan berdasarkan:-

  • Keputusan Percubaan UPSR & UPSR semasa..
  • Anak Jati Johor Darul Takzim
  • Jarak Rumah dan Sekolah 15KM

Sekolah Menengah Kebangsaan Medini mempunyai Kemudahan seperti :-

  • 4 Blok Akademik
  • 32 Kelas
  • 4 Bengkel
  • 1 Gym
  • 1 Stor Sukan
  • 1 Pejabat & Bilik Guru
  • 6 Makmal Sains ( 3 Menengah Rendah, 1 Biologi, 1 Fizik, 1 Kimia)
  • Padang Rugby
  • Padang Bola Sepak
  • Padang Archery
  • 2 Bangunan Asrama ( Siswa & Siswi)
  • 1 Lift
  • Loker Pelajar
  • Bilik Kejuruteraan
  • Bilik Seni
  • Bilik Kaunseling
  • Bilik Displin
  • Blok Surau
  • Blok Perpustakaan
  • Blok Student Voice Group yang mempunyai kemudahan Bilik Mesyuarat Pelajar, Bilik Discussion, Bilik Cinema, Kedai Runcit, Kedai Koperasi Sekolah dan Kedai Buku.
  • Blok Kantin Sekolah
  • Blok Dewan Makan Asrama
  • Bilik Prep (Asrama Sekolah)
  • 2 Kediaman Guru


Sekolah Menengah Kebangsaan Medini atau nama ringkasnya SMK Medini, merupakan sebuah Sekolah yang terletak di Johor.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Medini
  • Ditubuhkan pada 30 Mac 2014
  • Ditubuhkan dengan guru seramai 16 orang guru sahaja, manakala staff sokongan 4 orang
  • Asrama turut dibuka pada 30 Mac 2014