Sekolah Menengah Kebangsaan Matu
Sekolah Menengah Kebangsaan Matu | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro, 96200, Daro,, Sarawak Bumi Kenyalang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | BERILMU BERDISIPLIN BERBAKTI |
Nombor sekolah | 6084832119 |
Kod sekolah | YEE6401 |
Pengerusi PIBG | Nurhayati binti Daud |
Pengetua | Rahmah binti Junaidi |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Nooria binti Yusup |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Mohammad Latif bin Rapili |
Penolong Kanan Kokurikulum | Ahmad Forqan bin Ismail |
Faks | 6084832216 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Matu atau nama ringkasnya SMK Matu, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Matu memiliki 510 pelajar lelaki dan 462 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 972 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]SMK Matu merupakan satu-satunya sekolah menengah di Malaysia yang masih berkayu. Sekolah ini ditubuhkan sebagai SMK Matu-Daro pada tahun 1971 sebagai sekolah menengah pertama di kawasan Matu. Pada awal penubuhannya, hanya 3 bangunan setingkat yang menempatkan 17 buah kelas, di mana dua daripadanya diubah sebagai perpustakaan dan pusat sumber.
Pada tahun 1984, nama sekolah ini telah ditukar kepada SMK Matu setelah beroperasinya Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah di Daro. Dan, dari situlah, bangunan sekolah semakin banyak dan asrama didirikan bagi menempatkan pelajar dari kawasan jauh. Apa yang uniknya, sekolah ini "terapung" supaya air banjir tidak memasuki kawasan terbabit.
Pada hari ini, SMK Matu menjadi sumber pendidikan menengah utama bagi golongan remaja di kawasan Matu yang mahu melanjutkan pendidikan selepas tamat sekolah rendah.
Pada tahun 2020, asrama sekolah berkenaan menerima lawatan penanda aras daripada pihak guru, warden asrama dan para pengawas daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Meradong setelah menjadi viral di media sosial tentang kebersihannya dan disiplin pelajar untuk memastikan kawasan itu bersih sebelum meninggalkannya untuk ke kelas.
Mereka disambut oleh rakan guru, warden asrama, pengawas dan pelajar asrama SMK Matu. Suasana lawatan berkenaan dirakam oleh En. Zakaria, salah seorang guru SMK Matu menerusi saluran Youtubenya, CIKGU BOB TV.
Pada tahun 2021, kerajaan negeri luluskan cadangan pembinaan bangunan baharu sekolah berkenaan menggantikan bangunan sedia ada. Projek pembinaan dijangka dimulakan pada tahun 2022 dan siap selewat-lewatnya pada akhir 2023 atau 2024. Bangunan lama akan terus digunakan sebagai kuarters guru.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Matu
- D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro
- 96200, Daro
- Sarawak, Malaysia
- Telefon = 6084832216
- Fax = 6084832216