Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Buntar
Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Buntar | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Ditubuhkan | Jan 1986 |
Nombor sekolah | 6044077895 |
Kod sekolah | KEA1002 |
Faks | 6044078162 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Buntar atau nama ringkasnya SMK Lubuk Buntar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Pekan Lubuk Buntar, Serdang.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Buntar memiliki 323 pelajar lelaki dan 311 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 634 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.2009
Misi
[sunting | sunting sumber]- Membangun Potensi Individu Yang Seimbang Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Melalui Pendidikan Berkualiti
Visi
[sunting | sunting sumber]- Menjadi Sekolah Berkesan Dan Cemerlang Di Daerah Bandar Baharu
Moto Sekolah
[sunting | sunting sumber]- Berilmu Berbakti
Latar Belakang Sekolah
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Buntar mula beroperasi pada tahun 1986. Sejak mula ditubuhkan sehingga ke hari ini,prasarana sekolah yang nyata kekurangan ,telah melalui beberapa proses peningkatan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa di atas kawasan seluas 16.9 ekar.
- Pada tahun 2012,genaplah 26 tahun ,SMKLB beroperasi sebagai pusat pendidikan dan wahana ilmu.Kini,setelah melalui beberapa kali proses transformasi , SMKLB terus melangkah gagah dengan kekuatan staf akademik seramai 51 orang dibantu oleh 13 orang staf sokongan ,7 orang pekerja am swasta dan 6 orang pegawai keselamatan.
- Sekolah ini mempunyai seramai 672 orang pelajar yang dtempatkan dalam 18 buah bilik darjah daripada tingkatan 1 ke tingkatan 5, aliran Sains dan Kemanusiaan serta sebuah Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP).Terdapat tiga buah kelas yang menempatkan pelajar-pelajar Kelas Rancangan Khas ( Bahasa Arab Komunikasi )yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1,2 dan 3.
Kod Sekolah KEA 1002
No Telefon 04- 4077 895
No Fax 04- 4078 162
Tarikh ditubuhkan Januari 1986
Tarikh mula operasi Julai 1986
Luas Kawasan 16.9 ekar
Alamat Sekolah SMK Lubok Buntar
09800 Serdang,
Kedah Darul Aman.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Ringkasan Peristiwa-Peristiwa Penting Penubuhan SMKLB
Jan 1986
Mula ditubuhkan dan dikenali dengan nama SEKOLAH MENENGAH LUBOK BUNTAR
Jul 1986
Bangunan baru SM Lubok Buntar mula digunakan sepenuhnya
Jan 1987
Jumlah guru mula bertambah menjadi 11 orang serta 4 orang staf sokongan mula ditempatkan disini.
30 Jun 1990
Perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato` Seri Anwar Bin Ibrahim ,Menteri Pelajaran ketika itu.
1996
Asrama Desa mula beroperasi
2001
Makmal Komputer Fasa Pertama sebanyak 22 buah komputer dibekalkan.
2005
Kelas Pendidikan Khas dengan 20 orang pelajar dan 7 orang guru mula dilaksanakan.
2010
Surau Al-Huda siap dibina dan dirasmikan pada 30 September 2010 oleh Tn Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu,Tn.Hj.Abu Bakar bin Mat Ali
2011
Pelancaran Sambutan Jubli Perak SMK Lubok Buntar(1986-2011)
Jasamu Dikenang
[sunting | sunting sumber]- Sejak penubuhannya pada tahun 1986,Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Buntar pernah ditadbir oleh sepuluh orang pengetua iaitu:-
- Encik Ahmad Bin Mohd Ali
- Encik Ibrahim Bin Arifin
- Encik Ahmad Bin Mohd Ali
- Encik Osman Bin Mehat
- Encik Abu Bakar Bin Yahaya
- Encik Azizan Bin Khamis
- Encik Ahmad Sulong Bin Ismail ( 2001-2004 )
- Encik Azizan Bin Abd Hamid ( 01 Jan 2005-01 Jul 2006 )
- Puan Hajjah Aishah Binti Ismail ( 01 Jul 2006-01 Dis 2008)
- Tuan Haji Mohd Asri Bin Abd Hamid ( 01 Dis 2008 - 20 Okt 2011 )
- Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Ahmad, AMN ( 21 Okt 2011)
- Puan Hajjah Meryam Binti Mahmud
- Encik Azaman Bin Abdul Rahman
- Encik Sulaiman BIn Abdul Hamid
- Encik Hittayatullah Bin Hj Hassan ( 2017 - hingga kini)
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Buntar
- Pekan Lubok Buntar
- 09800, Serdang
- Kedah, Malaysia
- Telefon = 6044077895
- Fax = 6044078162