Sekolah Menengah Kebangsaan Kudat II
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Sekolah Menengah Kebangsaan Kudat II | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | SMeKD |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Moto | Bertekad Bina Kecemerlangan |
Autoriti pendidikan | Pejabat Pendidikan Daerah Kudat |
Sesi | Pagi |
Kod sekolah | XEA5023 |
Pengerusi PIBG | Nurul Izzati Adlina Abdullah |
Pengetua | Encik Salim bin Masrah |
Jumlah penuntut | 518 |
Kelas | 32 |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Tengku Shuhaiza binti Tengku Abu Bakar |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Lansian Marul |
Penolong Kanan Kokurikulum | Azmie@Jaimeh Bin Selamat |
Sekolah Menengah Kebangsaan Kudat II atau nama ringkasnya SMK Kudat II, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Kudat, Sabah.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]SMK Kudat II terletak kira-kira 5 km dari Pekan Kudat. Sekolah ini telah dibina pada 2001 dengan keluasan 22 ekar. Ia telah siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2003. Sekolah ini telah mula beroperasi pada 2 Januari 2004 dengan diketuai oleh En. Abdul Gani Bin Haiyun yang bertindak sebagai Penyelaras Sekolah dan menjalankan tugas pentadbiran pada awal 2004. Bilangan pelajar pada Sesi Persekolahan Penggal 1 2004 adalah seramai 225 orang yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 sahaja. Bilangan guru pada waktu tersebut pula adalah seramai 17 orang.
Pada 2021, Sekolah Menengah Kebangsaan Kudat II memiliki 266 pelajar lelaki dan 252 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 518 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.2021
Senarai Pengetua
[sunting | sunting sumber]Nama Pengetua | Tempoh Perkhidmatan |
---|---|
Puan Junaidah Binti Yusuppu | 2004 |
Encik Mohd Zaini Bin Yanin | 2004 - 2007 |
Encik Ismail Bin Tukimin | 2007 - 2008 |
Encik Suid Bin Haji Hanapi | 2008 - 2012 |
Puan Nurul Izzati Adlina Abdullah | 2012 - 2024 |
Encik Salim bin Masrah | 2024 - Kini |
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]- SMK Kudat Dua
- SMK Kebanggaan kita
- Bertekad bina kecemerlangan
- Budaya teras wawasan
SMK Ku tercinta- Kau mercu kejayaan
- Insan cemerlang berteknologi
- Beretika berpengetahuan
Ilmu iman jadi pedoman- Bakti kasih dicurahkan
- Berjuang penuh keyakinan
- Bertekad cemerlang
Kau lambang kemegahan- Namamu kan dikenang
- Gedung ilmu pusaka bangsa
- Agama dan negara
Logo Sekolah
[sunting | sunting sumber]Warna
[sunting | sunting sumber]- Merah : Melambangkan keberanian, bertenaga dan semangat juang warga sekolah dalam menghadapi pelbagai cabaran dan kekal abadi merentasi zaman.
- Kuning : Melambangkan ketaatan kepada tuhan dan kesetiaan kepada pemimpin dengan amalan budaya cemerlang.
- Biru : Melambangkan perpaduan dan semangat muhibbah melalui kesatuan fikiran dan tindakan berkonsepkan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah yang menjadi tunjang kepada suasana kedamaian, keamanan dan keharmonian kaum berbilang bangsa.
- Putih : Melambangkan keikhlasan, kebersihan dan nilai-nilai murni yang menjadi amalan semua arga sekolah.
Bentuk atau Lambang
[sunting | sunting sumber]- Bulatan : Melambangkan cabaran ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai menjadi tunggak kehidupan sejagat.
- Dua segi empat bergabung : Melambangkan empat pihak penting iaitu pentadbir, guru-guru, kakitangan sokongan dan pelajar-pelajar yang saling bekerjasama dalam merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Buku : Melambangkan SMK Kudat II sebagai institusi pendidikan yang penuh dengan khazanah ilmu.
- Topi atau mortar board : Melambangkan cita-cita sekolah untuk melahirkan pelajar berminda kelas pertama.
- Skrol : Melambangkan inspirasi pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah.
Bendera Sekolah
[sunting | sunting sumber]- Merah : Melambangkan keberanian, bertenaga dan semangat juang warga sekolah dalam menghadapi pelbagai cabaran dan kekal abadi merentasi zaman,
- Kuning : Melambangkan ketaatan kepada tuhan dan kesetiaan kepada pemimpin dengan amalan budaya cemerlang.
- Biru : Melambangkan perpaduan dan semangat muhibbah melalui kesatuan fikiran dan tindakan berkonsepkan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah yang menjadi tunjang kepada suasana kedamaian, keamanan dan keharmonian kaum berbilang bangsa.
Piagam Sekolah
[sunting | sunting sumber]Kami warga SMK Kudat II dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik kami kepada :
Pelajar
[sunting | sunting sumber]- Semua pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan masa yang ditetapkan dalam suasana kondusif dan selamat.
- Semua pelajar mendapat layanan yang adil dan mesra dalam semua urusan tanpa mengira kaum dan agama.
- Semua pelajar berpeluang menyertai pelbagai program di semua peringkat iaitu sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
- Semua pelajar mempunyai hak jaminan ke atas kebajikan dan keselamatan mereka.
Staf
[sunting | sunting sumber]- Staf dapat bekerja dalam suasana kondusif.
- Semua urusan gaji diurus dengan baik dan mengikut masa yang ditetapkan.
- Guru dapat mengajar mengikut opsyen sekurang-kurangnya 3 waktu seminggu.
- Menerima kursus dalam perkhidmatan untuk peningkatan kendiri sekurang-kurangnya 4 kali setahun mendapat semua maklumat dan pekeliling perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM dengan segera.
Ibu bapa atau penjaga
[sunting | sunting sumber]- Menerima layanan yang adil serta perkhidmatan yang cekap dalam semua urusan tanpa mengira status atau kedudukan.
- Menerima maklum balas serta tindakan segera terhadap semua aduan yang dikemukakan.
- Mendapatb peluang dan kerjasama terbaik dalam memberikan cadangan atau usul untuk menambahbaik poencapaian sekolah.
Komuniti
[sunting | sunting sumber]- Mendapat kerjasama yang baik dalam semua aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan.
- Mengambil tindakan segera atas semua arahan PPD/JPN/KPM melalui surat makluman dan pekeliling.
- Semua surat daripada PPD/JPN/KPM dijawab dalam masa 3 hari selepas diterima mengikut keperluan.
Visi, Misi dan Moto
[sunting | sunting sumber]Visi :
[sunting | sunting sumber]Mencapai tiga kedudukan terbaik dalam semua bidang di Daerah Kudat menjelang tahun 2023.
Misi :
[sunting | sunting sumber]Membangunkan dan mementapkan profesionalisma guru dengan anggota pelaksana.
Memberi pendidikan berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang melalui pendekatan bersepadu berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Moto : Bertekad Bina Kecemerlangan
[sunting | sunting sumber]Bertekad : Berazam dan berusaha dengan sepenuh hati dan niat yang tulus untuk mencapai kecemerlangan dalam semua aspek.
Bina : Menggunakan semua potensiyang ada pada semua warga sekolah untuk membangun, menajana, mencipta dan mencapai pelbagai kejayaan demi merealisasikan visi dan misi sekolah.
Kecemerlangan : Kecemerlangan dalam semua aspek serta seimbang mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kecemerlangan yang dibina mampu mencorakkan masa depan keluarga, masyarakat, agama dan negara.