Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Kubong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kubong Bukit Empas
Lokasi
Limbang, Sarawak
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoExcellence Begins With Me
Nombor sekolah+6085216602
Kod sekolahYEA5102
PengetuaEncik Raja Manikam a/l Subramaniam
LaguSemangat Kita
Faks+6085213250
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Kubong atau nama ringkasnya SMK Kubong, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan di Limbang, Sarawak.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kubong menawarkan "dual language program" atau pendidikan subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. SMK Kubong juga menawarkan Kelas Rancangan Khas sehingga tahun 2019.

Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kubong Bukit Empas memiliki 408 pelajar lelaki dan 498 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 906 orang. Ia mempunyai seramai 78 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Kubong ditubuhkan pada tahun 2004 dan mula beroperasi pada tahun yang sama.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, SMK Kubong tersenarai sebagai salah sebuah sekolah berprestasi tinggi di Sarawak[1], dan berjaya mencatatkan nilai GPS 3.53.

Lagu Sekolah

[sunting | sunting sumber]

Lagu sekolah yang berjudul 'Semangat Kita' merupakan karya ciptaan Encik Khairul Anuar Mohd Saman, Encik Lee Mok Siang dan Puan Dyg. Maimunah Bt. Daud.

Lirik lagu 'Semangat Kita':

Bermula kita di sini

Titik peluh yang dicurah

Sangat kami hargai

Akanku ingat di sini

Tanpamu tanpaku hidup tak menjadi

Semangat perpaduan


Kami berjanji akan mengejar

Cita-cita dan impian

Cemerlang, Ceria, Efisien misi kami

SMK Kubong kami majukan


Bagai sebutir pelita

Sanggup membakar diri untuk semua

Agama tidak dilupai

Tanpamu tanpaku hidup tak menjadi

Semangat ketabahan


Kami berjanji akan mengejar

Cita-cita dan impian

Cemerlang, Ceria, Efisien misi kami

SMK Kubong kami majukan

SMK Kubong kami majukan

SMK Kubong kami majukan

Sekolah Menengah Kebangsaan Kubong
Bukit Empas, Batu Dua, Jalan Kubong,
98700 Limbang,
Sarawak, Malaysia.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]