Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Sumun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari
Lokasi
 Malaysia Batu 17, Jalan Bagan Datoh, 36300, Sungai Sumun,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6056489218
Kod sekolahAEEB001
Faks6056489943

Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari atau nama ringkasnya SMK Khir Johari, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Batu 17, Jalan Bagan Datuk.

Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari memiliki 648 pelajar lelaki dan 695 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1343 orang. Ia mempunyai seramai 108 orang guru.2009 Sekolah ini dinamakan bersempenakan nama bekas Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Mohamed Khir Johari (29 Januari 1923 - 19 November 2006) yang juga merupakan anggota Kabinet pertama kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Sekolah kami terus melakar kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang, baik akademik mahupun kokurikulum. Dalam bidang akademik, pencapaian sekolah ini sentiasa konsisten, dengan ramai pelajar mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama setiap tahun.

Dalam bidang kokurikulum, sekolah ini dikenali dengan kebitaraan luar biasanya dalam sukan ragbi dan silat. Pasukan ragbi sekolah telah meraih pelbagai kejuaraan di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan, menjadi kebanggaan warga sekolah. Selain itu, pencapaian dalam seni mempertahankan diri, khususnya silat, juga sangat membanggakan. Atlet silat sekolah kerap mengharumkan nama sekolah melalui pelbagai pertandingan dan kejohanan, membuktikan keunggulan dalam seni dan disiplin.

Kejayaan ini adalah hasil usaha keras warga sekolah, termasuk pelajar, guru, dan pihak pengurusan, yang sentiasa komited untuk melahirkan individu cemerlang, berdisiplin, dan berdaya saing.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Batu 17, Jalan Bagan Datoh
36300, Sungai Sumun
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6056489218
Fax = 6056489943

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]