Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Kabogan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kabogan
Lokasi
Peti Surat 408, 91308, Semporna,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan3 Januari 1989
Nombor sekolah6089786414
Kod sekolahXEA3332
Pengerusi PIBGHatta bin Lisani
PengetuaAbdul Hassan bin Bennah
GPK Pentadbiran dan AkademikAminah bt Janowin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAwang bin Abdul Rahim
Penolong Kanan KokurikulumNoorkasmah bt Omar Batha
FaksTIADA


Sekolah Menengah Kebangsaan Kabogan malaysia atau nama ringkasnya SMK Kabogan, merupakaan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Daerah Semporna Sabah

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kabogan memiliki 45 pelajar lelaki dan 55 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 100 orang. Ia mempunyai seramai 10 orang guru.2009

SMK Kabogan dibuka dan beroperasi secara rasmi pada 3 Januari 1989. Pengetua pertama yang menerajui kepimpinan SMK Kabogan ialah Tuan Haji Hassan bin Tawil, dengan seramai 150 orang pelajar rintis. Sejak awal penubuhan, sekolah ini telah ditumpangkan di bangunan Sekolah Kebangsaan Kabogan, Semporna, dan hanya mendapat bangunan sendiri pada tahun 2024. Bermakna, sekolah ini dari sejak awal penubuhan, adalah berstatus menumpang selama 35 tahun.

SMK Kabogan akan berpindah ke bangunan baharu, dijangka pada 5 Ogos 2024. Barisan Pentadbiran perintis di bangunan baharu tersebut terdiri daripada;

Pengetua: Tuan Haji Abdul Hassan bin Bennah

GPK Pentadbiran: Puan Aminah bt Janowin

GPK HEM: En Awang bin Abdul Rahim

GPK Kokum: Puan Hajah Noorkasmah bt Omar Batha

GPK Petang: En Kausal bin Punjung

Bangunan baharu SMK Kabogan terletak di kampung Kabogan, di kawasan seluas 9.78 ekar persegi (Pelan Lot Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah). Jarak bangunan baharu ini dari bangunan lama kira-kira 1032 meter atau 1.03km (diukur melalui jalan raya).

Bangunan baharu ini mempunyai 7 buah blok termasuk blok kantin. Blok-blok tersebut ialah;

  1. Blok Hassan al-Bannah - Blok Pentadbiran
  2. Blok al-Ghazali - Blok Bilik-bilik Khas
  3. Blok Ibnu Khaldun - Blok Akademik 1
  4. Blok Ibnu Rusyd - Blok Akademik 2
  5. Blok Ibnu Sina - Blok Makmal
  6. Blok al-Farabi - Blok Bengkel, Makmal Komputer dan Bilik Pendidikan Seni
  7. Blok Fatimah al-Fihri - Blok Kantin

Bangunan baharu SMK Kabogan ini, adalah bangunan moden, dengan pelbagaj fasiliti moden disediakan oleh kerajaan. Antaranya Pejabat Am moden yang dilengkapi dengan ruang pentri, bilik mesyuarat yang telah diberi nama Bilik Taakup Ibnu al-Nafis, ruang kedai koperasi, klinik kesihatan, Surau as-Syafie, bilik guru lengkap dengan ruang pentri, 24 buah bilik darjah, 3 buah makmal sains, 3 buah makmal sains tulin, 6 buah bengkel RBT, 2 buah makmal komputer, bilik Pendidikan Seni, Perpustakaan Multimedia, Bilik Muzik, Makmal Bahasa, bilik SPBT, Bilik SAL, Pusat Sumber al-Jazari, Bilik UBK, Bilik Gerakan Kokurikulum, Bilik Pengawas dan Disiplin, Kantin, Dewan Terbuka al-Fateh, Padang dan gelanggang-gelanggang permainan. Kemudahan tandas OKU, dan ruang parking OKU juga disediakan.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Sekolah Menengah Kebangsaan Kabogan
Peti Surat 408
91308, Semporna
Sabah,  Malaysia
Telefon = 6089786414
Fax = TIADA

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]