Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain
Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain | |
---|---|
![]() | |
Alamat | |
Kampung Baru Semenyih, 43500 Semenyih Kampung Baru Semenyih Semenyih, Selangor ![]() | |
Maklumat | |
Nama lama | Sekolah Menengah Rendah Semenyih |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Berusaha Berjaya Berbakti |
Ditubuhkan | 6 Januari 1975 |
Autoriti pendidikan | Hulu Langat |
Sesi | 2 sesi |
Nombor sekolah | 603-87238285 |
Kod sekolah | BEA4608[1] |
Pengerusi PIBG | Kamarulzaman Bin Mahmod |
Pengetua | Rizal bin Uzir |
Tenaga pengajar | 153(2023) |
Jumlah penuntut | 3052(2023) |
Slogan | SEMUHSIN HEBAT |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Dr. Fairose binti Shamsudin |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Abdullah Saat Bin Abdul Karim |
Penolong Kanan Kokurikulum | Zaimatul Aniza binti Ghazali |
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang Petang | Nor Azaheen binti Abdul Hamid |
Faks | 603-87242569 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain (Semuhsin) merupakan sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Semenyih, Selangor. Sekolah ini ditubuhkan pada 6 Januari 1975. Semuhsin dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Semenyih. Nama Sekolah Engku Husain diambil dan dirasmikan pada tahun 1982 sempena dengan nama seorang tokoh tempatan Raja Husain bin Raja Laut yang bergelar Engku Raja Husain[2] yang telah meneroka dan membangunkan kawasan Semenyih.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Menurut sumber tempatan, pada zaman Jepun (1941-1945), tapak sekolah ini pernah digunakan oleh tentera Jepun untuk perkhemahan dan latihan.[perlu rujukan] Pada 29 Disember 1954, akhbar The Strait Times melaporkan sebuah helikopter tentera terhempas berhampiran kawasan ini.[3] Pegawai tentera yang terlibat ialah NH Jackson Smith dan WR Williams, yang pada ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Seremban ke Kuala Lumpur.[3] Pada tahun 1988, sebuah helikopter juga mendarat kecemasan di padang sekolah ini akibat hujan lebat dan angin kencang.
Rancangan membina sekolah di Semenyih semakin mendesak apabila semakin ramai pelajar dari kawasan ini terpaksa bersekolah di luar mukim untuk mendapatkan pendidikan peringkat menengah. Murid-murid ini dihantar sama ada di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Beranang atau Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang. Pendidikan sekolah di luar bandar pada waktu itu memberikan banyak manfaat kepada penduduk setempat.
Semuhsin bermula dengan 15 orang guru dan 404 orang pelajar dari Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1, 2 dan 3 dengan hanya dua blok bangunan di atas tanah berkeluasan 20 ekar. Pengetua pertama Semuhsin merupakan bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Semenyih, iaitu Raja Alias bin Abdul Rahman. Antara guru yang terawal mengajar di Semuhsin ialah Mat Derakah bin Alias, Halimaton Bte Iban, Baharom bin Said, Abdul Aziz Bin Abd. Wahab, Yu Soo Chin, Shamsiah Jantan, Amar Singh dan Tan Poh Beng.
Pada tahun 1990, Semuhsin mempunyai seramai 1300 orang pelajar. Bilangan pelajar sekolah ini naik dengan mendadak sehingga 3600 orang pelajar ekoran pembinaan bandar baharu seperti Bandar Rinching (1996), Bandar Tasik Kesuma (1998), Bandar Sunway Semenyih (2000) dan Kem Batalion Polis Gerakan Am (2011). Bilangan pelajar Semuhsin kemudiannya berkurang kepada 3100 orang pada 2012 selepas penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra (2011). Bilangan ini kekal stabil sehingga sekarang.
Barisan Pentadbir
[sunting | sunting sumber]Nama penuh | Jawatan |
---|---|
RIZAL BIN UZIR | Pengetua |
DR. FAIROSE BINTI SHAMSUDIN | Penolong Kanan |
ABDULLAH SAAT BIN ABDUL KARIM | Penolong Kanan HEM |
ZAIMATUL ANIZA BINTI GHAZALI | Penolong Kanan Kokurikulum |
NOR AZAHEEN BINTI ABDUL HAMID | Penolong Kanan Petang |
MOHD SALLEH BIN MOHD ALI | GKMP Bahasa |
MAYRLIDZATUL AKMAL BINTI AHMAD | GKMP Kemanusiaan |
SUHANA BINTI MOHD MOTTASIR | GKMP Sains & Matematik |
NURUL SYAHRIZAN BIN AHMAT MARZUKI | GKMP Teknik & Vokasional |
Pengetua
[sunting | sunting sumber]Nama penuh | Tempoh |
---|---|
Mat Derakah Alias | 1 Januari 1979 - 1 Mei 1979 |
Raja Alias Raja Abdul Rahman | 2 Mei 1979 - 31 Disember 1981 |
Abdul Aziz Mohd Nor | 1 Januari 1982 - 15 April 1985 |
Datin Siti Zaharah Mohd Zin | 16 April 1987 - 30 November 1993 |
Kamariah Haroon | 1 Disember 1993 - 16 Jun 1994 |
Abd Aziz Mohd Nor | 16 Jun 1994 - 26 September 1998 |
Asnah Harun | 1 Oktober 1998 - 2006 |
Latifah Mohd Isa | 1 Januari 2007 - 2009 |
Maziyah Hassan | 1 April 2009 - Oktober 2011 |
Abdul Gaffar Kunchi Mohd | Januari 2012 - 2015 |
Che Ratni Mohamed | 10 Mac 2015 - 5 Ogos 2017 |
Abdul Gaffar Kunchi Mohd | 5 September 2017 - 29 Ogos 2022 |
Rizal Uzir | 2 September 2022 - Sekarang |
Badan Pemipin Muda Sekolah
[sunting | sunting sumber]- Lembaga Pengawas Sekolah
- Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
- Pengawas Pusat Sumber
- Pengawas SPBT
- Briged Siber
- Skuad Denggi
- Asrama
- Pembantu Muda Sukan (PMS)
- Skuad 3K
- Fotografi
- Skuad Badar
- TVPSS D'Semuhsin
- Pengawas Koperasi
- Ketua Tingkatan
Kokorikulum
[sunting | sunting sumber]Unit Beruniform :
[sunting | sunting sumber]- PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
- PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
- KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
- KOR KADET POLIS
- PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)
- KADET SEKOLAH PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (KASPA)
- KADET BOMBA DAN PENYELAMAT
- BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
Persatuan :
[sunting | sunting sumber]- BAHASA MELAYU
- BAHASA INGGERIS
- STEM
- SEJARAH
- PENDIDIKAN SENI VISUAL
- REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)
- PENDIDIKAN ISLAM
- SAINS RUMAH TANGGA
- PVMA
- KKQ (HAFAZAN)
Kelab :
[sunting | sunting sumber]- MALAYSIAKU
- PENGGUNA
- BESTARI
- SEMIBAYU
- SEMICITRA
- SEMBUMI
- PENCEGAHAN JENAYAH
- BRIGED SIBER
- TUNAS NIAGA
- KARISMA
- FOTOGRAFI
- KOPERASI
- SPBT
- KEWANGAN
- KAUNSELING KEJAYA
Permainan :
[sunting | sunting sumber]- BOLA SEPAK
- BOLA JARING
- BADMINTON
- BOLA KERANJANG
- BOLA TAMPAR
- SEPAK TAKRAW
- PING PONG
- CATUR
- HOKI
- KABADDI
- RAGBI
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri.
- ^ "Sejarah Semenyih 2004 - - Buat tatapan semua khususnya peminat sejarah". smeh.tripod.com. Dicapai pada 2024-12-07. no-break space character in
|title=
at position 26 (bantuan) - ^ a b "3 ESCAPE AS HOVER PLANE CRASH-LAND". The Singapore Free Press (dalam bahasa English). 29 December 1954. m/s. Page 7. Check date values in:
|year=
/|date=
tidak padan (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web SMK Engku Husain.
- Facebook rasmi SMK Engku Husain.
- Instagram SMK Engku Husain.
- Saluran YouTube rasmi SMK Engku Husain.
- Saluran YouTube rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Engku Husain.