Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura Dua
Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura II | |
---|---|
Lokasi | |
Wdt 136 Pej Pos Rumah Persekutuan Bt 7, 90500, Sandakan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6089632601 |
Kod sekolah | XEA2083 |
Pengetua | Awang Tajuddin bin AK Arshad |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Sim Chee Vui |
Penolong Kanan Kokurikulum | Sharifah binti Osman |
Faks | 6089632934 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura II atau nama ringkasnya SMK Elopura II, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di WDT 136 Pej Pos Rumah Persekutuan Batu 7.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura II memiliki 516 pelajar lelaki dan 541 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1057 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah Penubuhan
Pada permulaannya, SMK Elopura II memulakan operasinya dengan berkongsi fasiliti di SK. Mawar, Jln. Sibuga, Sandakan pada 2 Januari 2002. Keadaan ini berlaku disebabkan penangguhan rasmi penyerahan bangunan SMK Elopura II, yang bermula pembinaannya pada tahun 2000 dan selesai pada tahun 2002. Penyerahan rasmi bangunan tersebut dilakukan oleh pihak kontraktor kepada En. Kamal D.E. Quedra, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, yang seterusnya menyerahkannya kepada En. Noor Hamizam Shah bin Md. Nordin sebagai Pengetua SMK Elopura 2, Sandakan menjelang akhir tahun 2002. Perpindahan ke bangunan tersendiri berlaku pada 1 Januari 2003, menandakan peringkat penting dalam perkembangan sekolah. Dengan memiliki bangunan sendiri, SMK Elopura II, Sandakan dapat lebih berkesan dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkualiti dan berfokus kepada keperluan pelajar-pelajarnya.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Johan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan Kadet Koreksional - 2011
- Naib Johan Bilik Sumber PPDa Peringkat Negeri Sabah - 2011
- Johan Keceriaan Landskap Terbaik Antara Sekolah-sekolah Anjuran MPS,Peringkat Daerah Sandakan,Sabah - 2011
- Naib Johan Anugerah PIBG Terbaik,Peringkat Daerah Sandakan,Sabah - 2012
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura II
- Wdt 136 Pej Pos Rumah Persekutuan Bt 7
- 90500, Sandakan
- Sabah, Malaysia
- Telefon = 6089632601
- Fax = 6089632934