Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Shahbandar Hussain
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Shahbandar Hussain | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6093551477 |
Kod sekolah | CEB6027 |
Pengetua | Zainal Abidin Bin Eya |
Faks | 6093551477 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Shahbandar Hussain atau nama ringkasnya Shahbandar Hussain, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Cheroh.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Shahbandar Hussain memiliki 383 pelajar lelaki dan 301 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 684 orang. Ia mempunyai seramai 51 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah ini diasaskan pada bulan April 1962 dengan nama Sekolah Menengah Pelajaran Lanjutan Raub dan beroperasi pada sesi petang. Pada tahun 1965, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Rendah Jenis Kebangsaan Raub apabila sekolah ini mendapat bangunannya sendiri di Jalan Cheroh, Raub.
Sekolah ini dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak bin Hussain, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 25 Julai 1966 dan diberi nama Sekolah Menengah Dato’ Shahbandar Hussain Raub sempena nama ayahanda beliau.
Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Gurmukh Singh Jassal (1962 – 1969).
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Shahbandar Hussain
- Jalan Cheroh
- 27600, Raub
- Pahang, Malaysia
- Telefon = 6093551477
- Fax = 6093551477