Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Batu 8, Jalan Bernam, Tanjung Karang, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Terbilang Dalam Kalangan Terbaik |
Nombor sekolah | 03-32698151 |
Kod sekolah | BEA3075[1] |
Pengetua | Tuan Haji Kamarularipin Bin Jaafar |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Maizura binti Zainal Abidin |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Tuan Haji Haris Fadilah bin Jaafar |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Hajah Zunairah binti Md. Shahid |
Faks | 03-32692769 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun atau nama ringkasnya SMK Dato Harun, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Batu 8, Jalan Bernam.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun memiliki 863 pelajar lelaki dan 832 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1695 orang. Ia mempunyai seramai 99 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada bulan Mei 1959, Darjah Menengah Melayu (DMMTK) pertama di Tanjong Karang yang ditubuhkan. Pada awal pertubuhannya, DMMTK menumpang sementara di Sekolah Umum Batu 7, Tanjung Karang dan SRJK (C) Hwa Kiew, Tanjong Karang. Oleh kerana bilangan pelajarnya yang bertambah, serta diikuti pula oleh kecemerlangan pencapaian dan prestasi akademiknya yang ketara lagi membanggakan telah mendorong pembinaan bangunan baru DMMTK pada tahun 1964 dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Karang. (SMKTK). Pada 20 Julai 1968, SMKTK telah dirasmikan dengan penuh istiadat oleh Yang Berhormat Dato' Harun bin Idris, Menteri Besar Selangor ketika itu dan nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun (SMKDH).
Lencana Sekolah
[sunting | sunting sumber]Bentuk Kelalang - Merupakan satu radas sains yang membawa maksud kepentingan ilmu sains dalam kehidupan
Visi
[sunting | sunting sumber]Misi
[sunting | sunting sumber]Falsafah Pendidikan Negara
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Kebansaan Dato’ Harun sentiasa mendukung hasrat pendidikan Negara untuk memperkembang potensi setiap pelajarnya secara individu dan menyeluruh dari segi intelek, jasmani, emosi dengan tujuan membentuk pelajar yang berinisiatif dan kreatif, mengamalkan budaya ilmu dan budaya sekolah yang baik dan boleh mengawal diri daripada melakukan sesuatu yang boleh merosakkan. Hal ini boleh dilakukan melalui proses P&P di bilik darjah dan di luar bilik darjah secara formal atau tidak formal, dengan meletakkan keutamaan kepada perkembangan minda, penerapan nilai-nilai murni, proses interaksi dan komunikasi yang baik, penggunaan pelbagai teknologi moden dan sentiasa menyambut cabaran kea rah kecemerlangan diri meliputi bidang-bidang kurikulum, kokurikulum dan keagamaan. Diharapkan pelajar-pelajar sekolah ini akan mampu menjadi pemimpin-pemimpin yang mempunyai sahsiah yang seimbang, sifat-sifat mulia serta bijaksana serta dapat menyumbang bakti untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan Negara dengan sentiasa bersyukur dan memegang kepercayaan kepada Allah.
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Dato' Harun harapan negara
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun
- Batu 8, Jalan Bernam
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 332698151
- Fax = 332692769