Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa سكوله منڠه كبڠسٲن داتوء شيد عيسى المدرسة الثانويه الوطنيه داتوء شيد عيسى | |
---|---|
Maklumat | |
Jenis | Sekolah menengah |
Moto | Satu Sekolah Satu Impian |
Ditubuhkan | 8 Mei 1962 |
Status | Dibuka |
Daerah sekolah | Batu Pahat |
Pengetua | Mohd Fuaad bin Mohd Sarmin |
Kakitangan |
|
Jumlah penuntut | 2484+ orang (2021) |
Warna |
|
Laman sesawang | Blog SMKDSE |
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa (nama dahulu: Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kolam Air (SMKA)) atau nama ringkasnya SMK Dato' Syed Esa (SMKDSE) merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak berdekatan dengan sebuah hospital kerajaan iaitu Hospital Batu Pahat di Batu Pahat, Johor.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa (SMKDSE) bermula pada 8 Mei 1962 dimana sekolah ini menumpang bangunannya di Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat. Pada ketika itu, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Lanjutan yang menampung pelajar-pelajar aliran Melayu dan Inggeris yang gagal masuk ke sekolah menengah melalui Sistem Peperiksaan Penilaian M.S.S.E.E (Peperiksaan Memasuki Sekolah Menengah).[1]
Setelah sistem peperiksaan itu dimansuhkan, maka dengan sendirinya sistem Sekolah Lanjutan juga terhapus. Pelajar lelaki dan aliran Melayu telah diserap ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Luar (SDBL) manakala pelajar perempuan pula diserap ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah (STA). Bagi pelajar yang mengikuti aliran Inggeris, mereka telah meneruskan persekolahan mereka di sekolah ini yang telah diubah namanya kepada Secondary English School (Sekolah Menengah Aliran Inggeris). Ketika itu, sekolah telah berpindah dan menumpang di Sekolah Rendah Hwa Nan yang terletak di Batu 3, Jalan Kluang.[1]
Pada tahun 1967, nama sekolah ini ditukar lagi kepada Sekolah Menengah Inggeris (2) serta berpindah dan menumpang di Sekolah Tinggi apabila sebuah sekolah baru didirikan di Jalan Kluang dengan nama Sekolah Menengah Rendah Inggeris (sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Sulaiman). Setelah banyak menumpang di sekolah-sekolah lain, pada 1 Jun 1973, sejarah baharu tercipta apabila sekolah ini telah mempunyai bangunan sendiri dengan nama baharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kolam Air (SMKA).[1]
Setelah 35 tahun berlalu, satu lagi peristiwa bersejarah telah tercatat apabila salah seorang tokoh ulung dari Batu Pahat iaitu Dato' Syed Esa telah diabadikan sebagai nama baharu bagi sekolah ini. Maka sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa (SMKDSE). Majlis perasmian nama baharu ini telah dirasmikan oleh Penolong Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr. Haili bin Dolhan dalam satu majlis gilang-gemilang. Majlis tersebut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, bekas pengetua-pengetua sekolah ini dan sekolah lain, ahli-ahli keluarga allahyarham Dato' Syed Esa serta warga SMKDSE sendiri.[nb 1]
Identiti
[sunting | sunting sumber]Ikrar pelajar
[sunting | sunting sumber]Saya, pelajar SMK Dato' Syed Esa dengan penuh keyakinan dan kesedaran berikrar bahawa saya[nb 2]:
- Bertanggungjawab mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah;
- Mewujudkan budaya sekolah yang positif dan kondusif;
- Meningkatkan imej dan prestasi sekolah dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah;
- Menghormati ibu bapa, guru-guru, staf sokongan, rakan-rakan dan menjaga nama baik sekolah;
Sesungguhnya, inilah ikrar saya sebagai pelajar SMK Dato' Syed Esa yang saya cintai.
Visi
[sunting | sunting sumber]Misi
[sunting | sunting sumber]- Melahirkan warga celik ICT.[2]
- Mewujudkan budaya celik ilmu.[2]
- Berusaha ke arah perkhidmatan cemerlang kepada semua pelanggan.[2]
- Membentuk generasi berakhlak mulia.[2]
- Mencapai perpaduan berdasarkan pendemokrasian dalam pendidikan.[2]
- Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti.[nb 5]
Lagu sekolah
[sunting | sunting sumber]Disini kami mulakan langkah,
SMKDSE gemilang,
Kami berusaha dengan gigih dan tabah,
Menjadi warga permata.
Kita usaha hingga jaya,
Di sekolah tercinta,
Berbudi berbakti dengan rela hati,
Kejayaan tercapai pasti.
Lambang sekolah
[sunting | sunting sumber]Berikut adalah analisis warna dan lambang sekolah serta maksudnya.[3]
Lambang | Analisis warna dan lambang | Maksud |
---|---|---|
Biru tua | Impian | |
Biru muda | Ketenangan | |
Putih | Kebersihan/kesucian mental, fizikal dan rohani | |
Merah | Semangat dan kegigihan | |
Jingga | Aspirasi | |
Perisai | Kesejahteraan | |
Reben | Ikatan perpaduan dalam kaum | |
Buku | Ilmu dan pendidikan | |
Obor | Semangat, tenaga dan kegemilangan | |
Batang obor | Lima prinsip Rukunegara | |
Gelung | Kecemerlangan dalam pelbagai bidang |
Kokurikulum
[sunting | sunting sumber]Rumah sukan
[sunting | sunting sumber]Nama rumah sukan | Warna rumah |
---|---|
Panglima | Merah |
Temenggung | Kuning |
Hulubalang | Hijau |
Laksamana | Biru |
Kejayaan dalam pertandingan keceriaan bulan kebangsaan
[sunting | sunting sumber]SMK Dato' Syed Esa merupakan sebuah sekolah yang mempunyai ramai pelajar. Hal ini menyebabkan SMKDSE berjaya dalam pelbagai pertandingan seperti pertandingan keceriaan bulan kebangsaan. SMK Dato' Syed Esa telah mendapat johan dalam pertandingan keceriaan bulan kebangsaan pada tahun 2015 dan 2016.
2015
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2015, SMK Dato' Syed Esa menyertai pertandingan ini dalam kategori sekolah. Kelas-kelas dan kawasan sekolah telah dicantikkan dengan lukisan yang berunsur patriotisme. Akhirnya, SMKDSE mendapat johan pada peringkat kebangsaan dan menerima wang tunai sebanyak RM5,000.00 sebagai ganjaran.[4]
2016
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2016, SMK Dato' Syed Esa menyertai pertandingan ini pula tetapi dalam kategori pintu gerbang. Setiap pelajar menderma satu botol besar sebagai smbangan membina pintu gerbang 5.5m tingginya. Akhirnya, SMKDSE mendapat johan kategori pintu gerbang dan telah menerima wang tunai sebanyak RM2,000.00 sebagai ganjaran.[5]
Alamat
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa, Jalan Indah, 83000, Batu Pahat, Johor Darul Ta'zim.
Nota dan rujukan
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Majalah Gema Bakti Edisi Ke-14 (2008) halaman 15.
- ^ Ikrar ini berbeza daripada ikrar pelajar yang ditulis dalam majalah sekolah kerana ikrar ini dibaca pada waktu perhimpunan mingguan.
- ^ Majalah Gema Bakti Edisi Ke-13 (2007). Visi ini telah ditukar pada tahun berikutnya.
- ^ Majalah Gema Bakti Edisi Ke-15 (2010).
- ^ Majalah Seri Edisi Pertama (2010).
- ^ Lirik lagu sekolah yang terkini. Tiada banyak perubahan yang dilakukan tetapi terdapat perubahan pada dua baris pertama lirik yang diilhamkan oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj. Fauzan sendiri.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Sejarah SMKDSE". Blog sekolah (dalam bahasa Melayu). 31 Mei 2009. Dicapai pada 07 Oktober 2011. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ a b c d e "Misi SMKDSE". Blog sekolah (dalam bahasa Melayu). 09 Julai 2011. Dicapai pada 09 Julai 2011. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
dan|date=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "Lambang SMKDSE". Blog sekolah (dalam bahasa Melayu). 09 Julai 2011. Dicapai pada 08 September 2011. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
dan|date=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ http://www.umno-online.my/2015/11/06/pertandingan-keceriaan-bulan-kebangsaan-2015/
- ^ https://www.facebook.com/penerangan/photos/a.10151100879478884.449967.230445633883/10154238343213884/?type=3&theater
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Majalah Gema Bakti Edisi Ke-13,14 dan 15 (Majalah sekolah tahun 2007-2009)
- Majalah Seri Edisi Pertama dan Kedua (Majalah sekolah tahun 2010-2011)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- [1](Info Smk Dato' Syed Esa)
- (Melayu) Blog Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa
- (Melayu) Blog sukan sekolah