Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman
Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman | |
---|---|
Lokasi | |
Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium, Alor Setar, 05100, Kedah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, sekolah kerajaan |
Moto | Berilmu & Berakhlak |
Autoriti pendidikan | PPD Kota Setar |
Nombor sekolah | 04-730 9125 |
Kod sekolah | KEB2093 |
Pengetua | Pn Yasmin binti Abdullah |
Jumlah penuntut | 413 orang pelajar |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En Suhaimy bin Abu Hassan |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn Maizatul Akmam binti Cha |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn Asmahan binti Ahmad |
Faks | 04-730 0693 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman atau nama ringkasnya SMK Darulaman, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman memiliki 854 pelajar lelaki dan 197 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1051 orang. Ia mempunyai seramai 82 orang guru.2009
Pada tahun 2022, SMK Darulaman memiliki 298 pelajar lelaki dan 57 pelajar perempuan. Pelajar Pendidikan Khas Integrasi pula mempunyai pelajar seramai 58 orang pelajar. Ia menjadikan jumlah keseluruhan pelajar ialah 413 orang pelajar.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah ini dibuka pada tahun 1966 dengan menumpang aktiviti persekolahannya di bangunan Sekolah Menengah Telok Kechai (Sekolah Menengah Tunku Laksamana) dan Sekolah Menengah Tun Sharifah Rodziah. Pada tahun 1968, sekolah berpindah ke Sekolah Menengah Dato Syed Omar. Pada tahun 1972 barulah sekolah ini mendapat bangunan sendiri seperti yang ada sekarang. Asalnya sekolah ini terdiri tiga blok bangunan dua tingkat, sebuah bengkel seni perusahaan, sebuah kantin dan sederet bangsal basikal. Pada tahun 1983, atas daya usaha pengetua sekolah pada masa itu iaitu Allahyarhan Dato' Azizan bin Haji Taib telah membina bangunan satu tingkat untuk dijadikan bangunan perpustakaan dan pusat sumber. Pada tahun 1966 bangunan ini ditambahkan lagi untuk dijadikan kelas-kelas bagi Pendidikan Khas.Beliau juga telah mengusahakan pembinaan sebuah surau yang tersergam indah siap dibina sepenuhnya pada tahun 1985.
Pada tahun 2002, bermula sejarah baru Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman dengan pembinaan dua blok bangunan baru berhampiran surau. Dua blok ini menempatkan kelas-kelas, bilik guru dan pejabat sekolah yang baru. Pembinaannya bermula pada awal tahun 2002 dan siap sepenuhnya pada Disember 2002. Pembinaan dua blok ini telah melengkapkan kemudahan di sekolah ini dan sekolah satu sesi dapat dilaksanakan.
Sekolah ini juga mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran)
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]"SEMARAK DARULAMAN" SM Darulaman maju jaya Sumpah dan setia Teguh berdisiplin Hormat menghormati Nilai murni ceria Tekun belajar hargai masa Budaya berilmu Berbakti pada nusa dan bangsa Semarak Darulaman... Semarak Darulaman...
Singkatan SMKD
[sunting | sunting sumber]- S=Sepakat
- M=Melakar
- K=Kecemerlangan
- D=Darulaman
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman
- Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium
- 05100, Alor Setar
- Kedah, Malaysia
- Telefon = 6047309125
- Fax = 6047300693
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- www.smkdarulaman.edu.my