Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | CEMERLANG BERTERUSAN |
Nombor sekolah | 6058839230 |
Kod sekolah | AEA6056 |
Pengetua | En. Mohd Paku Ruzi Min |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Zaiton Abdullah |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Wan Norazlina Wan Abdul Aziz |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Hasiah Taib |
Faks | 6058837139 |
![]() |
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana atau nama ringkasnya SMK Bukit Jana, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Batu 4 1/2, Kamunting, Perak.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana memiliki 830 pelajar lelaki dan 785 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1615 orang. Ia mempunyai seramai 115 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah ini mula dibina pada tahun 1995 dan memulakan sesi persekolahannya pada 1996.
Sekolah ini mempunyai 8 buah bangunan, lima daripadanya ialah bangunan tiga tingkat yang mempunyai bilik-bilik darjah, makmal sains, bilik guru, pejabat, surau, bilik Reka Cipta, bilik Jahitan, bilik Masakan, Pusat Sumber, Bilik AVA, bilik kaunseling, bilik SPBT, bilik Seni, bilik PPDA, bilik Bahasa, bilik Sejarah, koperasi dan dewan. Manakala 4 bangunan lagi iaitu bengkel automotif (untuk pelajar yang mengambil kemahiran automotif), kantin dan makmal komputer. Sekolah ini juga mempunyai 2 bangunan khas untuk pelajar pendidikan khas iaitu dua bangunan satu tingkat yang memiliki bilik-bilik darjah dan sebuah dewan pendidikan khas. Sekolah ini juga bakal dinaiktaraf dengan pembinaan surau yang akan bermula pada masa akan datang bagi menggantikan surau yang sedia ada.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Menjuarai kejohanan sofbol peringkat daerah empat tahun berturut-turut (2015, 2016, 2017 dan 2018).
- Johan kawad kaki KOR Kadet Polis peringkat LMS 2017.
- Menyertai pertandingan robotik sehingga peringkat kebangsaan tahun 2017.
- Dua pelajar SMKBJ mewakili Perak dalam Kejohanan Sofbol MSSM 2018 dan meraih tempat ke-4 keseluruhan.
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana
- Jalan Batu 4 1/2
- 34600, Kamunting
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = 6058839230
- Faks = 6058837139
- Laman Web Rasmi : https://smkbukitjana.edu.my