Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalor
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalor | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jalan Air Kuning, 73200, Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Berilmu Dan Bersusila |
Ditubuhkan | 1971 |
Nombor sekolah | 6064479305 |
Kod sekolah | NEE5039 |
Pengetua | En. Kamarulzaman b. Hasanuddin |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Zul b. Senin |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Omar b. Othman |
Penolong Kanan Kokurikulum | Tn. Hj. Abd Rauf b. Abd Rahman |
Faks | 6064479305 |
Laman sesawang | [1] |
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalor atau nama ringkasnya SMK Bukit Jalor, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Air Kuning.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalor memiliki 267 orang pelajar lelaki dan 215 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 482 orang. Ia mempunyai seramai 33 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sek. Men. Keb. Bukit Jalor (SMKBJ) diasaskan .pada tahun 1971. Ia terletak dalam daerah Tampin. Keseluruhan pelajarnya adalah dari kampung-kampung sekitar, estet-estet, Felda Bukit Jalor dan kawasan Pekan Air Kuning Selatan yang berhampiran.
Pada awal penubuhannya, para pelajar menumpang di Sekolah Kebangsaan Air Kuning Selatan dan Balai Raya Air Kuning Selatan. Pelajar-pelajar berpindah masuk pada pertengahan penggal kedua 1974 apabila blok bangunan mengandungi bilik-bilik darjah dan makmal sains, sebuah bengkel Seni Perusahaan dan sebuah kantin siap dibina. Sebuah padang permainan juga turut dibina. Di peringkat permulaannya, SMKBJ mempunya 6 orang tenaga pengajar dan 74 orang pelajar daripada kedua-dua aliran Melayu dan Inggeris. Pada tahun 1978, sebuah lagi blok tambahan mengandungi 6 bilik darjah dibina bagi menampung bilangan pelajar yang bertambah. Pada tahun 1087, sebuah surau dibina atas usahasama PIBG dan masyarakat setempat. Dua unit rumah guru juga dibina pada tahun 1987. Kemudiannya pada tahun 1993, satu blok 8 bilik darjah, satu blok bengkel KHB, satu blok makmal sains dan sebuah rumah hijau siap dibina. Pada 1 September 1996, SMKBJ telah mengadakan sambutan Jubli Perak yang dirasmikan oleh Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak selaku Menteri Pelajaran ketika itu. Kemudian pada tahun 2001, sebuah makmal komputer pula telah dibina. Menjelang akhir tahun 2003, kompleks baru SMKBJ hampir siap dibina sepenuhnya yang mengandungi dua buah blok bangunan 4 tingkat, satu blok 2 tingkat makmal sains, satu blok 2 tingkat KHB, sebuah dewan besar, sebuah dewan serbaguna, sebuah kantin dan sebuah padang permainan.
Kumpulan pertama pelajar tahun 1971 dan 1972 mempunyai dua kelas; aliran Melayu dan Inggeris. Antara pelajar tahun 1971 ialah Saharom Samsudin, Bujang Alias, Norsham Hasan, Jasmani Husin, Norsiah manakala antara pelajar tahun 1972ialah Tahar Buyong, Ali Ahmad, Mohd Dom Amin, Maimun, Rohani, Siti Sara Harun, Salbun Alwi, Zainal Abidin Hasan, Mustafa Udin, Nasarudin Abu Hassan, Zulkifli Abu, Hamzah, dll.
Antara guru tahun 1971 ialah En Siva Gurunathan sebagai Guru Besar, Mr Harry, Cikgu Suzie, Cikgu Ahmad Tekah, Cikgu Abidin, Cikgu Mohd Shah dan Cikgu Hamdan.
Peperiksaan pertama Sijil Rendah Pelajaran (SRP) adalah pada tahun 1973 manakala tahun kedua SRP adalah pada tahun 1974. Pelajar terbaik tahun 1974 ialah Nasarudin Abu Hassan yang mendapat 7 agregat. Dia dipilih untuk menyambungkan pelajaran ke sekolah bersasrama penuh, Sekolah Alam Shah pada tahun 1975. Beliau juga ialah pelajar terbaik daerah Tampin, Negeri Sembilan tahun 1974 dan mendapat sijil daripada Menteri Besar Negeri Sembilan di Seremban.
Falsafah, moto, serta misi sekolah
[sunting | sunting sumber]Moto
[sunting | sunting sumber]Berilmu Dan Bersusila
Falsafah
[sunting | sunting sumber]Falsafah sekolah adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akhlak, akademik dan kokurikulum agar menjadi warganegara yang berilmu dan bertanggungjawab terhadap agama, diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
Misi
[sunting | sunting sumber]Kami beriltizam untuk memberikan pendidikan yang berkualiti dan membentuk budaya taqwa kepada semua pelajar bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mengamalkan proses kerja berkualiti untuk menguatkan kebolehan masing-masing ke arah kecemerlangan di samping memiliki akhlak yang mulia melalui permuafakatan dan penambah baikan yang berterusan.
Visi
[sunting | sunting sumber]SMKBJ berhasrat untuk menjadi sebuah sekolah yang terbaik di kalangan terbilang di Negeri Sembilan.
Kurikulum
[sunting | sunting sumber]Aktiviti ko-kurikulum
[sunting | sunting sumber]Sukan
[sunting | sunting sumber]Rumah sukan
[sunting | sunting sumber]Terdapat 4 rumah sukan di SMKBJ:
- Satria (Rumah Merah)
- Waja (Rumah Biru)
- Inspira (Rumah Kuning)
- Exora (Rumah Hijau)
Kelab dan persatuan
[sunting | sunting sumber]Terdapat 18 kelab/persatuan di SMKBJ:
- Kelab Interaksi
- Kelab Alam Sekitar
- Kelab Rekacipta
- Persatuan Bahasa Cina
- Persatuan Bahasa Tamil
- Persatuan Sains dan Matematik
- Kelab Penyiaran
- Kelab Fotografi
- Kelab Pencegahan Jenayah
- Persatuan Bahasa Inggeris
- Persatuan Kemahiran Hidup
- Kelab Seni dan Budaya
- Kelab Pencegahan Jenayah
- Persatuan Bahasa Melayu
- Kelab Usahawan Muda
- Kelab Kaunseling
- Kelab Koperasi
- Kelab Komputer
Unit beruniform
[sunting | sunting sumber]Terdapat 8 unit di KGV:
- Pengakap (Pengakap 01)
- Persatuan Bulan Sabit Merah
- Pandu Puteri
- Puteri Islam
- Kadet Polis
- Briged Sekolah
- Kadet Polis
- Kadet Bomba dan Penyelamat
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalor
- Jalan Air Kuning
- 73200, Gemencheh
- Negeri Sembilan, Malaysia
- Telefon = 6064479305
- Faks = 6064479305