Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar
Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar | |
---|---|
Lokasi | |
Lorong Maarof 1, Bangsar Park, Bangsar,, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | "Ilmu Pengetahuan Tangga Kejayaan" |
Ditubuhkan | Januari 1974; 50 tahun |
Nombor sekolah | 03-22847134 |
Kod sekolah | WEB0256 |
Pengerusi PIBG | En. Yazid bin Mohd Yasin |
Pengetua | Pn. Hjh Salina binti Shaari |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Fuziah binti Mat Yakop |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Sharmila a/p Bangaroo |
Faks | 03-22835724 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar ialah sebuah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di Lorong Maarof 1, Bangsar Park, Bangsar, Kuala Lumpur.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar (Integrasi) ini adalah salah satu sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan merupakan sekolah program sekolah amanah. Sekolah ini menyediakan subjek elektif Fizik, Kimia, Biologi, Rekacipta, Matematik Tambahan, Perniagaan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi, Pendidikan Seni Visual, Tasawwur Islam, dan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) seperti Kerja Paip Domestik (KPD) bagi murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Pada tahun 2024, sekolah membenarkan semula pelajar perempuan untuk mengambil Mata Pelajaran Vokasional.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar (Integ) memiliki 533 pelajar lelaki dan 418 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 951 orang. Ia mempunyai seramai 73 orang guru.2009
Sejarah Sekolah
[sunting | sunting sumber]Ditubuhkan pada 1974 dan didaftar pada 15 Januari 1979 dengan Pengerusi pertamanya Tan Sri Ahmad Perang.
Pengasas Sekolah
[sunting | sunting sumber]Pengetua pertama En. Ali bin Abu Bakar adalah pengasas sekolah ini. Beliau bertugas semenjak SMK Bangsar menumpang di SRK Lick Hung, Lembah Pantai sehingga SMK Bangsar berpindah ke bangunan yang sekarang. Beliau telah mengadakan beberapa perubahan dan kemajuan hingga Mei 1982 apabila tempat beliau diambil alih oleh En. Martin Spykerman.
Sejarah Penuh
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar ialah sebuah sekolah campuran yang terletak di kawasan segi tiga seluas lima hektar yang dikelilingi oleh kawasan Bangsar Park, Rumah Pangsa kos rendah Sri Pahang, Bukit Bandaraya, Kawasan Perumahan KTMB dan pinggir barat, Bukit Persekutuan.
Sekolah ini ditubuhkan pada Januari 1974 untuk memenuhi peningkatan penduduk kawasan Bangsar. Sekolah ini bermula dengan lima buah kelas dan menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Lick Hung, Lembah Pantai.
Pada tahun 1975 dua buah kelas lagi ditambah dengan menumpang di SRK Brickfields. Pada tahun 1976, sekolah ini menumpang pula di SRK Methodist (P). Sekolah ini mula berpindah ke bangunan sekarang pada April 1977. Pada tahun 1978, sekolah telah mula mengadakan kelas khas bagi kanak-kanak cacat pendengaran untuk tingkatan satu yang mengandungi seramai 23 orang murid.
Idea penubuhan sekolah ini adalah untuk menempatkan murid-murid di kawasan ini, akibat daripada pertambahan penduduk kepada sebuah sekolah yang berhampiran tempat kediaman sekitar pembinaan Rumah Pangsa Sri Pahang, Bukit Bandaraya dan Kawasan Perumahan KTMB.
Oleh itu, tujuan utama penubuhan adalah untuk mengisi keperluan penduduk setempat yang memerlukan sekolah di kawasan ini.
Senarai Pengetua
[sunting | sunting sumber]Nama Pengetua | Tempoh Pentadbiran |
---|---|
En. Ali bin Abu Bakar | 1974-1982 |
En. Martin Spykerman | 1982-1989 |
Pn. Fatimah Zaharah bt Ahmad | 1989-1993 |
Pn. Halimah bt Dato' Ali | 1993-1995 |
Pn. Maimunah bt Yahya | 01.04.1995-01.12.1995 |
En. Rasiman bin Matsil | 1995-1996 |
Pn. Lai Chik Peng | 16.03.1997-16.06.1997 |
Pn. Goh Thuan Jig nee Ho Sau Lai | 1997-1998 |
Tn. Hj. Ab Rahman bin Asit (bersara) | 1998-2003 |
Pn. Hjh. Samsiah bt Ismail (bersara) | 01.01.2004-15.11.2004 |
Pn. Hjh. Zainab bt Hashim | 2005-2007 |
Pn. Hjh. Nazifah bt Abdul Latiff | 2007-2012 |
Pn. Hjh. Esaah bt Ismail (bersara) | 2012-2015 |
Pn. Hjh. Noraizan bt Mohamed (bersara) | 2015-2018 |
Pn. Ramlah bt Muda (bersara) | 2018-2023 |
Pn. Hjh. Salina binti Shaari | 2023-kini |
Ikrar Sekolah
[sunting | sunting sumber]Kami,
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar
sesungguhnya berikrar dan berjanji,
akan memelihara nama baik sekolah ini,
dengan mematuhi segala peraturannya,
dan belajar bersungguh-sungguh,
demi kepentingan diri kami,
ibu bapa kami,
sekolah kami,
bangsa kami,
agama kami,
dan negara yang kami cintai ini.Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]Maju ayuhlah maju,
Harumkan namamu selalu,
Disebut di mana jua,
Menjadi kemegahan kita,
Penggerak budaya ilmu,
Melahir insan cemerlang,
Berbakti penuh setia,
Pada nusa dan bangsa,
SMK Bangsar ternama,
Berjasa terus berjasa,
Mendidik dan mengasuh,
Putra putri tercinta,
Maju ayuhlah maju,
Harumkan namamu selalu,
Disebut di mana jua,
Menjadi kemegahan kita,Lirik= Abdul Halim Ahmad
Susunan= Md. Said Bidin
Misi & Visi Sekolah
[sunting | sunting sumber]MISI : Pendidikan Cemerlang, Individu Terdidik, PPPM Terlaksana
VISI : Mencermelangkan Pendidikan Di SMKB Untuk Melahirkan Individu Yang Holistik Bagi Melonjakkan Nama Sekolah Ke Peringkat Antarabangsa
Rumah Sukan
[sunting | sunting sumber]Para pelajar SMK Bangsar dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan sejak kemasukan ke sekolah pada tingkatan satu. Sememangnya suatu tradisi bagi setiap pelajar mempunyai semangat rumah dan bersaing untuk menjulang rumah masing-masing dalam akademik, ko-kurikulum, sukan dan sebagainya. Rumah-rumah ini mempunyai satu matlamat iaitu untuk dinobatkan sebagai Rumah Terbaik pada hari Temasya Sukan Tahunan SMK Bangsar. Berikut merupakan 4 rumah sukan di SMK Bangsar :-
Nama Dahulu(Sekitar Tahun 80-90an)
[sunting | sunting sumber]Rumah Sukan | Warna |
---|---|
Jelatek | Hijau |
Bayan | Biru |
Merbok | Merah |
Serindit | Kuning |
Nama Kini
[sunting | sunting sumber]Rumah Sukan | Warna |
---|---|
Jentayu | Hijau |
Garuda | Biru |
Helang | Merah |
Rajawali | Kuning |
Alumni Bangsarian
[sunting | sunting sumber]- Black Hanifah, Penyanyi dan Pelakon
- Zahid Baharuddin, Penyanyi
- Isaiah Jacob, Ahli Dewan Negara
- Aman Graseka, Pelakon
- Azuar bin Md Tasi, Pemuzik
- Azlin binti Alias, Ahli Mangku Negara
Maklumat Am
[sunting | sunting sumber]Maklumat | |
---|---|
Jenis Sekolah | Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan |
Status Sekolah | Sekolah Gred A / Sekolah Integrasi / Sekolah Kewangan PTJ |
No. Pigeon Hole | B 21 |
Bilangan Blok Bangunan | 5 Buah |
Keluasan Tanah | 5 Hektar |
Bilangan Tenaga Pelajar | 64 orang (2024) |
Bilangan Staf Sokongan | 12 orang (2024) |
Maklumat Asas Kelas
[sunting | sunting sumber]Nama Kelas | Tingkatan 1-3 |
---|---|
MURNI | 3 Kelas |
UNGGUL | 3 Kelas |
HARMONI | 3 Kelas |
KREATIF | 3 Kelas |
JUJUR | 3 Kelas |
Nama Kelas | Tingkatan 4-5 |
---|---|
SETIA | 2 Kelas (Sains Tulen) |
BESTARI | 2 Kelas (Sastera) |
INOVATIF | 2 Kelas (Sastera) |
EFEKTIF | 2 Kelas (Teknikal) |
VOKASIONAL | 2 Kelas (MPV) |
Manakala bagi pelajar pendidikan khas pula mempunyai 8 buah kelas. Bagi keseluruhan kelas ialah sebanyak 33 kelas.