Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Jaya,Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Berani, Tekad, Responsif |
Ditubuhkan | 1 Disember 1993 |
Nombor sekolah | 0391314375 |
Kod sekolah | WEA0222 |
Pengetua | Cik Kamisah Abu Bakar |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Siti Hamidah Bt Aziz |
Faks | 0391335614 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Jaya, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.Pada tahun 1993, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak telah beroperasi & pengasas sekolah ini ialah Puan Limah binti Ahmad.Sekolah ini terletak 20 km dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]SMK Bandar Tun Razak mula beroperasi pada 1 Disember 1993. Sekolah ini terletak 20 km dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.
Pengetua pertama yang juga merupakan pengasas sekolah ini ialah Puan Limah binti Ahmad. Beliau dibantu oleh 19 orang guru dan 2 orang kakitangan sokongan.
Pada awal penubuhannya, terdapat 10 kelas dan 400 orang murid.
Sekolah ini telah diterajui oleh 5 orang pengetua iaitu Tuan Syed Abu Hassan bin Syed Mohd Nor, Pn. Hajjah Nabun binti Ahmad dan Pn. Naemah binti Hassan Nordin. Seterusnya, En. Rosley bin Hitam dan kemudian diterajui oleh En. Rosli bin Suleiman. Selepas itu SMK Bandar Tun Razak diterajui pula oleh Pn. Shabariah binti Mohd Sidik.
Infrastruktur
[sunting | sunting sumber]SMK Bandar Tun Razak mempunyai kemudahan infrastruktur yang mencukupi untuk pelajar-pelajarnya.
Antara infrastruktur yang ada di sekolah ini ialah perpustakaan, kelas yang mencukupi, padang sekolah, surau, kantin, bengkel kemahiran hidup, bengkel MPV dan sebagainya.
Saya amat berbangga dengan sekolah saya kerana ia mempunyai kemudahan infrastruktur yang mencukupi dan selesa. Ia memberi banyak kemudahan kepada semua pelajar dan guru.
Hello
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]Hidup penuh dengan cabaran Perlu bijak buat pilihan Ilmu berguna sebagai panduan Tidak kesal hari kemudian
Kami semua ada wawasan Bina diri bangsa dan watan Ilmu dicari jadikan amalan Martabat bangsa mesti tegakkan
Percayakan tuhan jadi landasan Ibu bapa dan keluarga dimuliakan Nasihat guru tak dipersiakan Akhlak mulia teras kehidupan
Berjasa tiada batasan Kecemerlangan jadi ukuran Budi dan daya diutamakan Sekolah Menengah Bandar Tun Razak Sekolah Menengah Bandar Tun Razak
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak
- Jalan Jaya, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur