Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Peti Surat 607, Bintulu, 97008, Bintulu,, Sarawak Bumi Kenyalang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Bandarian Progresif |
Nombor sekolah | 6086332615 |
Kod sekolah | YEA9101 |
Pengerusi PIBG | Encik Edwin Wong Ing Hoe |
Pengetua | Puan Rubiah binti Haji Taip (2021) |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Juntan Law |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Lau Lang Ing |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Muni anak Manai |
Faks | 6086313851 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu atau nama ringkasnya SMK Bandar Bintulu, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 8 Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu memiliki 1204 pelajar lelaki dan 1187 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2391 orang. Ia mempunyai seramai 123 orang guru.2009
Latar Belakang Sekolah
[sunting | sunting sumber]SMK Bandar Bintulu bermula pada awal tahun 1982, dipimpin oleh Pengetua Tuan Haji Bakeri Yusuf dengan berkongsi bangunan dengan SRK Kampung Baru, ketika itu SMK Bandar Bintulu hanya mempunyai 8 orang guru dan 5 buah kelas sahaja iaitu kelas Peralihan dan Tingkatan 1.
Pada 8 Ogos 1988, sekolah ini telah berpindah ke tapak baru, di KM8, Jalan Tun Hussein Onn. Pada tahun 1996, sekolah ini telah dinaikkan taraf ke Gred A.
Kini SMK Bandar Bintulu mempunyai 71 buah kelas, 2600 pelajar dengan tenaga pengajar 152 orang dan 15 orang staf sokongan.
Visi Sekolah
[sunting | sunting sumber]Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Misi Sekolah
[sunting | sunting sumber]Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Lagu Sekolah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Bandar Bintulu
Sekolah yang mulia
Di sini kami bercita-cita
Memaju bangsa Negara
Sekolah Menengah Bandar Bintulu
Sekolah yang berjasa
Kami berdoa semua sejahtera
Kekal abadi sentiasa
Kepada sekolah kami ingat
Hati semarak penuh semangat
Segala didikan kami hargai sangat
Pelajaran baik disambut hangat
Wahai Sekolah Menengah Bandar
Namamu tetap mengharum
Doa dan harapan kami sandar
Kemuncak cita-cita menguntum
Kepada sekolah kami ingat
Hati semarak penuh semangat
Segala didikan kami hargai sangat
Pelajaran baik disambut hangat
Demi Sekolah Menengah Bandar
Pendidik pelajar satu hati
Menegak memurni janji dan ikrar
Hiduplah kekal abadi
Hiduplah kekal abadi
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu
- Km 8 Jalan Tun Hussein Onn,
- Peti Surat 607,
- 97008, Bintulu
- Sarawak, Malaysia
- Telefon = 6086332615
- Fax = 6086313851
Rujukan
[sunting | sunting sumber]