Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap
Lokasi
 Malaysia Jalan Besar, Pekan Bagan Terap, SUNGAI BESAR, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Berbakti Berjasa
Nombor sekolah0332161643
Kod sekolahBEA6044[1]
PengetuaAbdullah bin Ali
GPK Pentadbiran dan AkademikAhmad bin Asmaran
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMisnan bin Kasan
Penolong Kanan KokurikulumNoor Aszurah binti Jamaludin
Faks0332162096
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap atau nama ringkasnya SMK Bagan Terap, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Besar, Pekan Bagan Terap.

Pada 2024, Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap memiliki 308 murid lelaki dan 270 murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 578 orang. Ia mempunyai seramai 66 orang guru.2021

Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap terletak di kawasan seluas 7.5 ekar. Ia terletak berhampiran Pekan Bagan Terap. Mukim Sungai Panjang dan dalam daerah Sabak Bernam. Sekolah ini dibina pada tahun 1976 dan mula digunakan pada Januari 1977. Jumlah pelajar pada ketika itu seramai 157 orang dalam tingkatan satu. Gurunya pula seramai 7 orang dan pengetua pertamanya ialah Tuan Haji Jamil bin Kudu sementara guru penolong kanannya ialah Encik Hamzah bin Hussein. Perasmian penubuhan sekolah ialah pada April 1978 oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Yang Berhormat Dato' Musa Hitam.

Pada peringkat awal, sekolah ini hanya mengandungi 2 blok bangunan yang mengandungi kelas dan pejabat, 2 unit rumah guru dan sebuah kantin. Pada pertengahan tahun 1981, 2 blok bangunan baru dibina dan juga memulakan pengambilan pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 Aliran Sastera. awal tahun 1994, 2 blok bangunan asrama harian, 1 blok bangunan 4 tingkat dan 1 blok bengkel Kemahiran Hidup mula dibina untuk menampung kekurangan bilik darjah serta bilik guru dan digunakan pada tahun 2000. sekali lagi pada tahun 2008, telah dibina 1 blok 4 tingkat dan beroperasi pada Julai 2009. pada awal tahun 2010, sebuah lagi blok ditambah yang mengandungi dua bilik untuk kegunaan Pendidikan Khas dan pertengahan Jun 2010, pembesaran surau mula dijalankan.

Pada tahun 2007, SMK Bagan Terap telah dibenarkan membuka 2 kelas untuk Tingkatan 6. dan seramai 5 orang pelajar sulung SMK Bagan Terap lepasan STPM 2008 telah melanjutkan pengajian di Universiti awam. Pada awal tahun 2012, secara rasminya telah dibuka bilik kuliah yang dapat memuatkan 40 pelajar dan dirasmikan oleh Dr Mohammad Khir Toyo.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

- International Invention, Innovation & Design Competition - Top 5 Award & Gold Award Peringkat Antarabangsa (Tahun 2024)

- 1st International Sustainability Invention, Innovation & Development on Food, Culture & Technology Competition - Gold Award Peringkat Antarabangsa (Tahun 2024)

- International STEM Innovation Competition - Silver Award Peringkat Antarabangsa (Tahun 2024)

- Robotik Sekolah Asrama Malaysia - Johan Peringkat Kebangsaan (Tahun 2024)

- Project Based Learning (PBL) STEM Competition - Johan Peringkat Kebangsaan (Tahun 2024)

- Virtual Innovation Competition - Silver Award Peringkat Kebangsaan (Tahun 2024)

- Kejohanan Silat Pantai Terbuka - Tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan (Tahun 2024)

- Martial Arts Taekwondo Championship - Tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan (Tahun 2024)

- Kuiz Sains Alam Sekitar - Gangsa & Saguhati Peringkat Kebangsaan (Tahun 2024)

- Showcase KMR (Kefahaman Melalui Reka Bentuk) TS25 K-SEMANIS - Gold Award Peringkat Negeri (Tahun 2024)

- Pertandingan Senam Sihat Kelab Doktor Muda - Johan Peringkat Negeri & Daerah (Tahun 2024)

- Pertandingan Buku Log Puteri Tengah, Hari Puteri - Johan Peringkat Negeri & Daerah (Tahun 2024)

- Pertandingan Dekorasi Makanan Sekolah Menengah K-SEMANIS - Johan Peringkat Negeri (Tahun 2024)

- Pertandingan Water Rocket Challenge - Johan Peringkat Negeri (Tahun 2024)

- Pertandingan Junior Animation Challenge - Johan Peringkat Kebangsaan & Negeri (Tahun 2023)

- Pertandingan Penulisan Karya Khas Bulan Terbit - Johan Peringkat Kebangsaan (Tahun 2023)

- Kejohanan Para Ping Pong (Perempuan) - Johan Peringkat Kebangsaan (Tahun 2023)

- UKM National Truss Bridge Competition - Naib Johan & Gold Award Peringkat Kebangsaan (Tahun 2023)

- Malaysia Rocket Competition - Gold Award & Fastest Roket Award Peringkat Kebangsaan (Tahun 2023)

- Pertandingan Senior Apprentice NASSTEF - Gold Award Peringkat Kebangsaan (Tahun 2023)

- Pertandingan Video Kreatif STEM SEPADU 2.0 - Anugerah Perak Peringkat Kebangsaan (Tahun 2023)

- Pertandingan Young STEMist Conference (Sains Kehidupan) - Johan Peringkat Negeri (Tahun 2023)

- Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Air - Johan Peringkat Negeri (Tahun 2023)

- Pertandingan Bridge Building - Johan Peringkat Negeri (Tahun 2023)

- Pharmacy Invention, Innovation & Design Exhibition - Silver Award Peringkat Antarabangsa (Tahun 2022)

- 5th Digitalized International Invention, Innovation & Design Johor - Silver Award Peringkat Antarabangsa (Tahun 2022)

- Pertandingan Kimia Invensi dan Inovasi Malaysia - Silver Award Peringkat Kebangsaan (Tahun 2022)

- Pertandingan STEMPreneur - Tempat Keempat Peringkat Kebangsaan & Naib Johan Peringkat Negeri (Tahun 2022)

- Sayembara Deklamasi Sajak Kemerdekaan i-Guru - Anugerah Emas Peringkat Kebangsaan (Tahun 2022)

- Pertandingan Young STEMist Innovation & Invention Conference (Sains Kehidupan) - Johan Peringkat Negeri (Tahun 2022)

- Pertandingan Kuiz Melawan Kebakaran - Anugerah Perak & Gangsa Peringkat Kebangsaan (Tahun 2021)

- Pertandingan Menulis Sajak 'Mana Mungkin Palestinaku' - Naib Johan Peringkat Negeri (Tahun 2021)

Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap
Jalan Besar, Pekan Bagan Terap
Selangor, Malaysia
Telefon: 0332161643
Faks: 0332162096

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]