Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar
سكوله منڠه كبڠسأن الڠ إسكندر
Lambang sekolah kerajaan
Flag of SMKAI
Lokasi
Jalan Kurau, 34300, Bagan Serai,, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUsaha Pasti Jaya
Ditubuhkan1969
Nombor sekolah6057210346
Kod sekolahAEA3040
Pengerusi PIBGEn. Amiruddin bin Bahari
PengetuaN/A
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Mohamad Padeli bin Salleh
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Sainah binti Saad
Penolong Kanan KokurikulumEn. Tuan Mohd Fazli bin Tuan Abdullah
Faks6057216970


Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar atau nama ringkasnya SMK Alang Iskandar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kurau.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar memiliki 457 pelajar lelaki dan 534 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 991 orang. Ia mempunyai seramai 94 orang guru.2009

SMK Alang Iskandar dibangunkan pada tahun 1969 dengan nama asalnya Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai. Pada 5hb September namanya ditukar kepada Sekolah Menengah Alang Iskandar sempena nama ayahanda Sultan Idris Murshidul Azam Shah Sultan Idris Shah I ibni Raja Bendahara Alang Iskandar iaitu Raja Alang Iskandar. Perasmian nama baru ini telah disempurnakan oleh Paduka Seri Sultan Idris Shah sendiri bersama-sama dengan perasmian bangunan tambahan.

Encik Ahmad Suffian bin Hj Arshad telah dilantik sebagai Pemangku Pengetua sebaik sahaja sekolah ini mula digunakan pada tahun 1970. Pada ketika itu bilangan guru adalah 28 orang manakala bilangan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 adalah 644 orang. Pada tahun 1980 kelas Tingkatan 6 aliran sasteras telah diwujudkan. Pada tahun 1989 kelas Tingkatan 6 Sains telah diwujudkan. Namun kelas Tingkatan 6 Sains ini dimansuhkan bermula pada tahun 1994 kerana kekurangan pelajar. Sekolah ini menawarkan dua sesi pengajian iaitu Sesi Pagi dan Sesi Petang. Pada tahun 2011 jumlah kemasukan pelajar adalah lebih kurang 1200 orang.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Terkenal dengan kehebatan pasukan nasyid (Soutul Iman) dan pantun di bawah kelolaan Ustazah Aimah dan Cikgu Saripah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar
Jalan Kurau
34300, Bagan Serai
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6057210346
Faks = 6057216970

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]