Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Igan
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Igan مدرسة إيغان الدينية الوطنية الثانوية | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah agama, Sekolah kerajaan |
Moto | عارف ، مؤمن ، خيري ، ورع Berilmu, Beriman, Beramal, Berbakti |
Nombor sekolah | 60102613201 |
Kod sekolah | YRA3201 |
Pengerusi PIBG | Awang Sarkawi Bin Awang Rosli |
Pengetua | Malihah binti Sirat |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Hirman bin Mahdan |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Rosnah Binti Mahamud |
Penolong Kanan Kokurikulum | Hamzah Bin Mosa |
Laman sesawang |
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Igan atau nama ringkasnya SMK Agama Igan atau SMKA Igan (Jawi: مدرسة إيغان الدينية الوطنية الثانوية), merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Dalat,.
Pada 2022, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Igan mempunyai 249 pelajar lelaki dan 299 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 548 orang. Ia mempunyai seramai 46 orang guru.2022
Sejarah
[sunting | sunting sumber]SMK Agama Igan merupakan salah sebuah SMKA di negeri Sarawak yang telah siap dibina pada 17 Julai 1998 dengan kos pembinaan sebanyak RM17.95 juta di atas tanah seluas 30.89 ekar. Sekolah ini merupakan satu-satunya SMKA di negeri Sarawak yang terletak di luar bandar iaitu di sebuah perkampungan nelayan Daerah Kecil Igan dalam Bahagian Mukah. Pada awalnya sekolah ini adalah di bawah pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Sibu yang kemudiannya diletakkan di bawah pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Mukah sebelum diletakkan sepenuhnya di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Dalat sehingga sekarang. Daripada sudut persempadanan politik pula, sekolah ini berada di bawah naungan Dewan Undangan Negeri Jemoreng dan Parlimen Igan.
Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Januari 1999 dengan pengambilan pertama pelajar Tingkatan 1 seramai 179 orang yang terdiri daripada 91 orang pelajar lelaki dan 88 orang pelajar perempuan. Pada awal pembukaan ini, 6 buah kelas telah di buka. Pengambilan pelajar adalah daripada pelbagai tempat iaitu daerah Sarikei, Belawai, Tanjung Manis, Daro, Matu, Igan, Oya, Dalat, Mukah dan Balingian.
Pada asasnya syarat pemilihan pelajar adalah berdasarkan keputusan UPSR sekurang-kurangnya 2A 3B, namun atas faktor perjanjian politik pada waktu itu, maka SK Kampung Igan dan SK Senau semua pelajar diterima masuk tanpa terikat kepada syarat keputusan UPSR (sekarang hanya SK Kampung Igan yang menjadi penyalur). Pada awal pembukaan, sekolah ini hanya mempunyai 17 orang guru iaitu 11 orang guru lelaki dan 6 orang guru perempuan serta 4 orang kakitangan sekolah iaitu seorang lelaki dan 3 orang perempuan. Kini pelajar SMKA Igan telah meningkat menjadi 519 orang dengan 26 bilik darjah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 serta 59 orang guru dan 17 orang staf sokongan.
Dari sudut fizikal, bangunan-bangunan yang dibina masih kekal hingga sekarang dengan beberapa pertambahan. Fungsi bilik-bilik tertentu diubah bersesuaian dengan tuntutan semasa.
Tahun 2001 mencatatkan sejarah bagi SMKA Igan kerana pada tahun itu adalah julung-julung kalinya 172 pelajar ambilan pertama meduduki peperiksaan PMR seterusnya pada tahun 2002 ambilan pertama tingkatan 4 manakala 2003 adalah SPM pertama.
Senarai Pengetua SMK Agama Igan
Bil | Nama | Jawatan | Tahun |
---|---|---|---|
1 | Tuan Haji Mohd Badri Bin Haji Ali Akebar | Pemangku | 1998-2000 |
2 | Tuan Haji Mohd Radzi Bin Bahari | Pengetua | 2000 |
3 | Hajah Maznah Binti Haji Ahmad | Pemangku | 2000-2001 |
4 | Tuan Haji Tamit Bin Haji Yusuf | Pemangku | 2001 |
5 | Tuan Haji Shamsudin Bin Sharkoshi | Pengetua | 2002-2003 |
6 | Tuan Haji Tamit Bin Haji Yusuf | Pemangku | 2003-2004 |
7 | Tuan Haji Mustafa Bin Haji Embong | Pengetua | 2004-2008 |
8 | Puan Hajah Raunah Binti Haji Ali Akebar | Pemangku | 2008-2010 |
9 | Tuan Haji Tamit Bin Haji Yusuf | Pemangku | 2010 |
10 | Tuan Haji Wan Abdul Karim Bin Wan Mohammad | Pengetua | 2010-2011 |
11 | Tuan Haji Tamit Bin Haji Yusuf | Pemangku | 2011-2012 |
12 | Puan Noriah Binti Haron | Pengetua | 2012-2014 |
13 | Tuan Haji Saipul Bahri Bin AB Manaf | Pengetua | 2014-2016 |
14 | Tuan Haji Kanil Bin Haji Ali Hassan | Pengetua | 2016-2019 |
15 | Encik Morsalin bin Pawi | Pengetua | 2019-2022 |
16 | Puan Malihah binti Sirat | Pengetua | 2022-sekarang |
Guru - Guru SMK Agama Igan
[sunting | sunting sumber]![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/d/d2/Pendidik_SMKAI.jpg)
Bil | Nama | Jawatan | Gred |
---|---|---|---|
1 | Malihah binti Sirat | Pengetua | DG54 |
2 | Hirman bin Mahdan | Penolong Kanan Pentadbiran | DG48 |
3 | Rosnah Binti Mahamud | Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | DG48 |
4 | Hamzah Bin Mosa | Penolong Kanan KoKurikulum | DG48 |
5 | Mohd Hussaini Bin Haji Sallehuddin | Penolong Kanan Pra Persediaan Universiti | DG48 |
Bil | Nama | Jawatan | Gred |
---|---|---|---|
1 | Hartini Binti Mohd Nadzirin | Guru Kanan Sains & Matematik | DG48 |
2 | Fadzillah Bin Halpi | Guru Kanan Kemanusiaan | DG48 |
3 | Mohd Syahmizan Abdullah | Guru Kanan Bahasa | DG44 |
4 | Syazawani Binti Sapikin | Guru Kanan Teknik & Vokasional | DG44 |
5 | Ustaz Khairulanwar Bin Sepawi | Guru Kanan Pendidikan Islam & Bahasa Arab | DG44 |
Bil | Nama | Jawatan | Gred |
---|---|---|---|
1 | Puan Siti Zurairah Binti Zainuddin | Ketua Panitia Bahasa Melayu | DG44 |
2 | Claudia Christy Binti Blaise | Ketua Panitia Bahasa Inggeris | DG41 |
3 | Tisebio Anak Tiop | Ketua Panitia Sejarah | DG41 |
4 | Dayangku Nurazeerah Binti Awg Raduan | Ketua Panitia Geografi | DG41 |
5 | Awangku Muda Hassim Bin Awang Win | Ketua Panitia Matematik | DG48 |
6 | Encik Mohammad Farizul Bin Salleh | Ketua Panitia Sains | DG44 |
7 | Encik Mohammad Farizul Bin Salleh | Ketua Panitia Matematik Tambahan | DG44 |
8 | Encik Nor Azman Bin Haji Tamit | Ketua Panitia Fizik | DG44 |
9 | Encik Mohammad Farizul Bin Salleh | Ketua Panitia Kimia | DG44 |
10 | Encik Omarali Bin Junaidi | Ketua Panitia Biologi | DG44 |
11 | Encik Mohd Firdaus Bin Iserom | Ketua Panitia Perniagaan | DG41 |
12 | Encik Mohd Firdaus Bin Iserom | Ketua Panitia Ekonomi Asas | DG41 |
13 | Benedict Satt Anak Pasang | Ketua Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu/RBT | DG41 |
14 | Ustaz Muhammad Aliff Bin Alwi | Ketua Panitia Pendidikan Syariah Islamiah | DG41 |
15 | Ustaz Shahrolnizam Bin Rabaiee | Ketua Panitia Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah | DG41 |
16 | Ustaz Mohamad Zainuddin Bin Suut | Ketua Panitia Pendidikan Islam | DG48 |
17 | Ustazah Norsyafiqah Binti Adenan | Ketua Panitia Bahasa Arab | DG41 |
18 | Encik Haji Hasbi Bin Ali Akebar | Ketua Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan | DG48 |
19 | Encik Salmi Bin Mahdi | Ketua Panitia Pendidikan Seni & Visual | DG44 |
20 | Kathelyne Munai Anak Babai | Ketua Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan | DG41 |
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/90/Pelajar_Cemerlang_SPM_SMKAI.jpg/220px-Pelajar_Cemerlang_SPM_SMKAI.jpg)
AKADEMIK
TAHUN | GPS | PERATUSAN |
---|---|---|
2009 | 2.61 | 36.42% |
2010 | 2.51 | 54.70% |
2011 | 2.28 | 71.40% |
2012 | 2.53 | 51.96% |
2013 | 2.35 | 77.77% |
TAHUN | GPS | PERATUSAN |
---|---|---|
2009 | 6.04 | 97.3% |
2010 | 5.53 | 100% |
2011 | 5.70 | 95.31% |
2012 | 5.54 | 100% |
2013 | 5.33 | 96.51% |
2014 | 5.58 | 98.8% |
2015 | 5.86 | 97% |
2016 | 6.00 | 95.7% |
2017 | 5.30 | 100% |
2018 | 4.97 | 100% |
2019 | 4.20 | 100% |
2020 | 4.49 | 100% |
2021 | 4.00 | 100% |
KOKURIKULUM
1) Pesta Pantun - Peringkat Kebangsaan
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/5a/Pesta_pantun.jpg/220px-Pesta_pantun.jpg)
2) Syarahan Agama - Peringkat Kebangsaan
3) Kadet Bomba - Peringkat Kebangsaan
4) Olahraga - Peringkat Kebangsaan
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/22/Karnival_Bakat_Pelapis_Negeri.jpg/220px-Karnival_Bakat_Pelapis_Negeri.jpg)
5) Merentas Desa - Peringkat Kebangsaan
6) Bola Sepak - Peringkat Kebangsaan
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1a/Bola_Sepak_SMKAI.jpg/220px-Bola_Sepak_SMKAI.jpg)
7) Sepak Takraw - Peringkat Kebangsaan
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Igan
- PO BOX 240
- 96400 Mukah
- Sarawak, Malaysia
- Telefon : +6010 261 3201
- Email : smkagamaigan@gmail.com
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/6a/Atlit_Sarawak_Merentas_Desa.jpg/220px-Atlit_Sarawak_Merentas_Desa.jpg)