Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling
Beberapa bahagian daripada rencana ini (yang berkaitan dengan sesi Pembelajaran dan Pengajaran ) perlu dikemas kini. |
SMK Agama Baling | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Batu 42, Jalan Baling, 09100, Baling, Kedah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) berasrama |
Moto | Berilmu Beramal Bertaqwa |
Ditubuhkan | 1996 |
Kod sekolah | KRA0001 |
Pengetua | Tuan Mahyuddin Bin Zakaria |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Hajah Zahirah binti Ishak |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Md Zuki bin Ali |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Mahani Binti Abdul Ghani |
Laman sesawang | SMK Agama Baling Online [pautan mati] |
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling (SMKAB) ialah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Baling, Kedah.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Upacara pecah tanah pembinaan telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada bulan Ogos 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini memakan masa selama lebih satu setengah tahun. Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Januari 1996 dengan pengambilan pelajar-pelajar tingkatan 1 seramai 259 orang.
Nama sekolah
[sunting | sunting sumber]Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling mula digunakan pada 1 Januari 1996. Nama ini diambil kerana sekolah ini yang mempunyai aliran pendidikan agama yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Baling.
Senarai pengetua
[sunting | sunting sumber]Nama pengetua | Tempoh berkhidmat |
Abdul Wahab Bin Jamaluddin | 2000—2003 |
Tuan Haji Abdul Rahim Bin Shaari | 2003—2005 |
Tuan Haji Syed Baharom Bin Syed Husin | 2005—2006 |
Tuan Haji Yahaya Bin Lebai Mat | 2006—2011 |
Tuan Haji Mohamad Mokhtar Bin Md Isa | 2011—2014 |
Pn. Hajah Maznah bt Wadin | 2014—11 September 2017 |
Tuan Haji Abdul Somat bin Mat Don | 13 September 2017—2019 |
Tuan Abdul Ghani Bin Abidin | 2019-2023 Mac |
Puan Fazilah Binti Mat | 2023 Mac-Mei |
Tuan Mahyuddin bin Zakaria 2023-Sekarang
Misi, visi dan moto sekolah
[sunting | sunting sumber]Visi SMKAB
SMK Agama Baling menjadi sekolah gemilang di negeri Kedah menjelang tahun 2025
Misi SMKAB
- Memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah dengan cekap dan berkesan
- Mencapai kegemilangan pelajar dalam kurikulum
- Memantapkan program ko-kurikulum dengan berkesan
- Mempertingkatkan tarbiah dan sahsiah di kalangan pelajar
- Mewujudkan prasarana yang paling selamat, kondusif dan ceria untuk pembelajaran
- Mengekalkan hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti ke arah kegemilangan akademik
Logo Sekolah
- Merah = Kerohanian
- Kuning = Kegigihan
- Hijau = Semangat keislaman yang jitu
- 3 Penjuru = Kecemerlangan tiga aspek
- Bunga Jitu = Negeri Kedah Darul Aman
Moto Sekolah
BERILMU, BERAMAL, BERTAKWA
Pembelajaran dan Pengajaran
[sunting | sunting sumber]Waktu
[sunting | sunting sumber]Sesi Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) di sekolah ini dijalankan pada setiap hari persekolahan. Pada hari Ahad hingga Khamis pada pukul 7.30 pagi setiap hari, para pelajar akan bergerak ke sekolah dan sesi P&P dimulakan. Pelajar akan diberi masa rehat dari pukul 10.30 pagi hingga 11.00 pagi. Sesi P&P akan berakhir pada pukul 2.30 petang.
Kelas
[sunting | sunting sumber]- Tingkatan 1, 2,dan 3
- Abu Bakar
- Umar
- Uthman
- Ali
- Shafie
- Tingkatan 4 dan 5
- Al-Kindy (sains tulen agama) {DLP}
- Al-Razi (sains tulen agama)
- Al-Khawarizmi
- Al-Farabi (sains ikhtisas agama)
- Al-Jazari (sains teknikal agama)
Prasarana
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan tersebut untuk keselesaan para pelajar untuk kegunaan tertentu. Antaranya:
- Sebuah Dewan Besar Utama
- Sebuah Bilik Gerakan
- 20 bilik kelas
- 6 bilik Makmal Sains
- Sebuah Makmal Bahasa
- Sebuah Makmal Komputer (Makmal Mimos)
- Sebuah Perpustakaan
- Sebuah Bilik Kuliah
- Surau di asrama (Surau Al-Mutaqqin)
- Sebuah Bilik Kaunseling
- Sebuah Blok Makmal Kejuruteraan
- Sebuah Bangunan Kemahiran Hidup
- 4 Bangunan Asrama
- Sebuah Kantin & Dewan Makan
- Kuarters Guru
- Kompleks Sukan
- Bilik PPSMI
- Makmal Bestari
Alamat
[sunting | sunting sumber]Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling,
Batu 42, Pulai,
09100 Baling,
Kedah Darulaman.
Tel : 044705303 (Pejabat) / 044705305 (Asrama)
Faks : 044705387
E-mel : kra0001@moe.edu.my
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling Diarkibkan 2017-02-21 di Wayback Machine
- Laman Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling lama Diarkibkan 2015-02-19 di Wayback Machine
- Blog Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling
- Blog Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling lama