Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail
Lokasi
 Malaysia Jalan Nibong , Dungun , Malaysia, Dungun, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) , Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN)
Nombor sekolah6098422400
Kod sekolahTFT1001[1]
Faks6098422402


Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail atau nama ringkasnya SMASID, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Nibong , Dungun , Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail memiliki 397 pelajar lelaki dan 583 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 980 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.2009

Sejarah ringkas Sekolah Menengah Agama Sultan  Ismail Dungun

Pada hari Sabtu ,26 April 1958 bersamaan dengan 7 Syawal 1377, maka lahirlah Sekolah ‘Al-arabiah’ di daerah Dungun.Dengan kelahiran sekolah agama baru ini ,maka bererti satu lagi  pusat pengajian Islam bertambah di negeri ini .

Sekolah ini di tubuhkan oleh jawatankuasa yang di bentuk di pengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Dungun pada ketika itu ,iaitu Yang Berbahagia Tuan Bachik  bin Abd Jalil , yang kemudiannya bergelar Dato’ Aria Negara .Apabila kita memperkatakan tentang kemajuan sekolah ini ,maka sudah tentu kita tidak dapat melupakan usaha-usaha murni pihak tertentu dalam melaksanakan  pembinaan  sekolah baru ini .

Pada peringkat awal , sekolah ini hanya mempunyai  pelajar seramai 94 orang ( 48  lelaki dan 46 perempuan ) dengan seorang guru merangkap  Pengetua sekolah ini , iaitu  Ustaz Lop Yusof  bin A.Rahman.Pada bulan  Julai yang bertarikh  24 haribulan , bersamaan dengan 9 Muharram   13 78 , iaitu setelah 3 bulan  sekolah ini menjalankan pentadbirannya ,maka satu upacara pembukaan  rasmi sekolah ini telah di sempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia  Al –Marhum Sultan  Ismail  Nasiruddin Shah ,Sultan Terengganu  Darul Iman . Sempena nama baginda sendiri ,maka pada detik  yang penuh bersejarah itu , sekolah ini telah di perkenalkan secara rasminya  dengan nama  “ Sekolah Ugama Sultan Ismail Dungun” .

Pembangunan Fizikal

Kerajaan negeri melalui Jabtan Hal Ehwal Agama  Terengganu ( JHEAT ) ,Bahagian Pendidikan telah membekalkan ramai guru siswazah   dan bukan siswazah , peralatan pejabat  dan kelengkapan  sekolah semasa ia masih bertaraf  sekolah rakyat ,kini Sekolah Menengah Agama Sultan Ismai telah mempunyai  beberapa blok bangunan  baru tiga tingkat  yang mula di gunakan  pada tahun  1986 lalu , Dua blok bangunan  baru tiga tingkat  untuk kegunaan sekolah dan pejabat  , dua blok  tiga tingkat asrama putera dan puteri , dan satu  kantin  baru yang amat selesa , satu dewan besar di samping  bangunan –bangunan yang sedia ada .

Sebagai  sebuah sekolah aliran agama yang tunggal di daerah ini , sambutan  orang ramai  amat menggalakan .Semenjak sekolah ini mula di buka  hingglah sekarang , bilangan  pelajarnya sentiasa bertambah .Dan pada masa ini  berjumlah 805 lelaki dan pelajar perempuan  dengan 66 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada pelbagai kategori .

Pembangunan Akademik

Kemasukan  pelajar  bukan sahaja dari daerah  Dungun  dan negeri Terengganu  ,malahan  juga dari daerah lain , pada mulanya sekolah ini menggunakan  system pelajaran  aliran  Arab Ibtida’l  dan Thanawi  .Tetapi  di sebabkan  perubahan masa , sehingga  sekarang  menggunakan Kurikulum  Kementerian Pendidikan .Pada tahun 1968 ,bermulalah pengajian Sijil Rendah Pelajaran dengan Sijil Ibtida’l  .Sementara pengajian Sijil Pelajaran Malaysia  hanya bermula pada tahun 1981 .Walaubagaimanapun ,mata pelajaran Bahasa Arab  dan Agama tetap di berikan penekanan  sebagai  persediaan  memasuki  aliran  Thanawi Di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainai Abdin ,Kuala Terengganu .Begitu juga Kolej Agama Sultan Zainal Abidin ,Universiti Islam  Antarabangsa (UIA ) ,Universiti –university Timur Tengah  serta Maktab Penguruan  Islam Bangi.

Pelajar –pelajar dari sekolah  ini Berjaya  dengan cemerlang  dalam peperikasaan  PMR , dan  SPM ,telah berjaya menyambung  pelajaran  mereka ke Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal  Abidin ,Kolej  Sains Pendidikan  Islam Terengganu .KOSPINT serta beberapa  buah Sekolah Menengah  Agama Berasrama Penuh di seluruh Malaysia. Selain dari itu, ramai pelajar yang berjaya menyambung pelajaran mereka ke universiti-universiti tempatan dan luar negeri.

Dalam bidang ko-kurikulum, sekolah ini juga tidak ketinggalan berbanding dengan sekolah agama atau sekolah kementerian yang lain. Malah merupakan perintis untuk beberapa kegiatan tertentu. Misalnya, pembelajaran computer di mana sekolah adalah salah sebuah sekolah percubaan. Buat masa ini makmal computer dapat di jalankan pada setiap petang. Sekolah ini juga merupakan sekolah yang pertama menubuhkan koperasi sekolah yang berdaftar

Dengan memperkenalkan mata pelajaran  Kemahiran Hidup  ,pelajar –pelajar menengah rendah telah di beri  pendedahan awal tentang pertukangan tangan, jahitan serta teori-teori asas kemahiran psicomotor. Adalah di harapkan pendedahan teknologi seperti kemahiran komputer, pertukangan tangan, jahitan akademik, dan pengetahuan agama dapat membina pelajar menjadi ihsan yang bertakwa serta berguna kepada agama, bangsa dan Negara.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

2014 : SMASID buat pertama kalinya berjaya mewakili Kontijen Nasyid Terengganu dalam Pertandingan Majlis Ihtifal Ilmi Sanawi Sekolah Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) kali ke 1 yang telah diadakan di Akademik Binaan Malaysia Wilayah Timur, Hulu Terengganu

2015 : SMASID Buat kali pertama muncul juara dalam pertandingan Dikir Arab Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan (

YM) DSyang mula diperkenalkan pada tahun 201M)

2016 : SMASID buat pertama kalinya muncul sebagai satu-satunya Sek Men Agama di Terengganu dalam menjuarai Chorasical Sketch District Level Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) dan mengekalkan kejuaraan 4 kali berturut-turut dari tahun 2016 sehingga tahun 2019.

2016 : SMASID telah menjadi tuan rumah sekaligus mendapat gelaran Juara keseleruhan bagi Kejohanan Silat SMA Negeri Terengganu.

2017 : SMASID telah mendapat tempat Ketiga dalam pertandingan Chorasical Sketch State Level YDSM yang telah diadakan di IPG Kampus Dato Razali Ismail dan seterusnya dijemput ke Istana Syarqiah, Chendering untuk penganugerahan.

2017 : Kontijen Nasyid SMASID ASM (Aswatul Mutaqqim) telah mewakili negeri Terengganu ke pertandingan MIISMAM kali ke 4 yang telah diadakan di SM Maahad Manshor Balik Pulau, Pulau Pinang dan juga sebilangan dari peserta SMASID dalam Acara Nasyid Perempuan, Khat dan Tilawah Al Quran

2017 : SMASID telah mendapat Johan dalam pertandingan Kuiz Palang Merah peringkat negeri bagi kategori individu dan berkumpulan

2018 : SMASID telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan Kuiz Palang Merah peringkat daerah bagi kategori individu

Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail
Jalan Nibong , Dungun , Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098422400
Fax = 6098422402

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]