Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor
Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor | |
---|---|
Lokasi | |
Km5 Jalan Kuala Pilah, Ampangan,, 70400, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah agama, Sekolah kerajaan |
Moto | Kemantapan Aqidah dan Keunggulan Akhlak Teras Kecemerlangan |
Ditubuhkan | 1950-an |
Nombor sekolah | 06-7639361 |
Kod sekolah | NFT4003 |
Faks | 06-7613421 |
Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor atau nama ringkasnya SM Agama Dato' Klana Petra Maamor ialah sebuah sekolah agama yang terletak di Km5, Jalan Kuala Pilah, Ampangan, Negeri Sembilan.
Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor memiliki 288 orang pelajar lelaki dan 272 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 560 orang. Ia mempunyai seramai 34 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Bangunan asal sekolah ini telah mula dibina pada bulan Mei 1958, manakala bangunan baru mula dibina pada 1989.
Penduduk muslimin di Luak Sungai Ujong ini berhasrat untuk mendirikan sebuah Sekolah Menengah Agama sejak dari tahun 1950-an lagi. Hasrat orang ramai ini telah disampaikan dalam satu perjumpaan masyarakat yang diadakan pada 20 Mac 1953 di Sekolah Menengah King George V, Seremban. Dalam perjumpaan tersebut seramai 200 orang yang telah menghadirinya termasuklah pembesar-pembesar negeri yang terdiri daripada:[perlu rujukan]
- YAM Dato' Klana Putra (Undang Luak Sungai Ujong)
- YAM Dato' Shah Bandar (Luak Sungai Ujong)
- YAM Dato' Haji Abdul Malek (Menteri Besar Negeri Sembilan)
- YB En. Shamsuddin Naim (Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan)
- YM Raja Mohd Nordin Bin Raja Ali
- YB En. Abdul Jalil Bin. Hj. Aminuddin
Satu jawatankuasa telah dibentuk hasil daripada perjumpaan tersebut. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk merealisasikan dan mengendalikan proses penubuhan sekolah agama dalam Luak Sungai Ujong. Jawatankuasa tersebut telah berusaha mencari derma untuk membina sekolah agama seperti yang dicadangkan. Pada tahun 1955, beberapa orang jawatankuasa baru telah sebagai tambahan kepada jawatankuasa yang sedia ada. Mereka tersebut ialah:
- YM Tuan Hj. Abdul Aziz Bin Abas
- YM Dato' Penghulu Zainal Abidin Bin Lati
- Dato' Penghulu Nordin Bin Pesah
- En. Mohd Yunus Bin Bateh
Bangunan Sekolah Agama Luak Sungai Ujong telah mula dibina pada bulan Mei 1958 di atas tanah wakaf Surau Kg. Baru Blok C dengan belanja hampir RM16,000 daripada sumbangan orang ramai dan juga bantuan kerajaan. Bangunan lama Sekolah Menengah Agama Rendah Ampangan yang digunakan sejak tahun 1959 telah digunakan untuk kelas agama anak-anak Islam yang dikelolakan oleh AJK ABIM cawangan Negeri Sembilan. Manakala bangunan asrama puteri telah disewakan kepada individu memerlukan dan hasilnya dimasukkan ke dalam tabung kewangan sekolah.
Bangunan baru sekolah ini telah dibina di atas sebidang tanah seluas hampir 3 hektar dengan belanja hampir RM 1 juta. Ia mula dibina pada akhir tahun 1980 dan siap dibina pada Disember 1981. Bangunan baru sekolah ini mula digunakan pada 4 Januari 1982.
Bangunan baru tersebut mempunyai 4 buah blok iaitu bangunan sekolah, asrama, dewan makan pelajar dan rumah guru. Bangunan ini juga mengandungi 12 bilik sembahyang, sebuah bilik guru dan sebuah pejabat.
Pada tahun 1989, bangunan asrama puteri setinggi 4 tingkat telah dibina. Manakala pada tahun 1998, bangunan KHB yang mengandungi 3 buah bilik bengkel telah dibina dan menelan belanja sebanyak RM 270,000.00. Seterusnya pada tahun itu juga, bangunan surau telah dibina atas daya usaha PIBG sekolah. Kos pembinaan ditampung daripada sumbangan ibu bapa dan penjaga pelajar dan juga bantuan daripada pihak kerajaan. Perasmian Musolla Al-Amin telah diadakan pada 11 Julai 1999.
Pengetua
[sunting | sunting sumber]- Tuan Hj. Kassim Bin Abdul Manaf
- Tuan Hj. Mohd Nor Bin Kassim
- Tuan Hj. Mohd Redza Bin Othman
- Dato' Hj. Ahmad Sofion Bin Hj. Md Arif
- Tuan Hj. Shaffion Bin Ayob
- Tuan Hj. Mohd Bin Yapis
- Dato' Hj. Ahmad Maher Bin Abd Manan
- Tuan Hj. Jamaluddin Bin Abd Manaf
- Pn. Johara Binti Hj. Nawawi
- En. Abd Halim Bin Sulaiman
- En. Solahuddin Bin Abd Rahman
- Pn. Jawahir Binti Alias
- Pn. Samsiah Binti Chik
- Umi Hasnah Binti Mohd Yasin
- Tuan Hj Zainal Arifin Bin Mashurom
Visi, Misi dan Moto Sekolah
[sunting | sunting sumber]Visi
[sunting | sunting sumber]PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
Misi
[sunting | sunting sumber]MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
Moto
KEMANTAPAN AQIDAH DAN KEUNGGULAN AKHLAK TERAS KECEMERLANGAN
Kemudahan
[sunting | sunting sumber]- 4 buah bangunan belajar (Blok A, Blok B, Blok C, Blok D)
- 2 buah makmal sains (Ibnu Sina, Ar-Razi)
- Tandas lelaki dan perempuan (pintu sedang dibaiki)
- Surau Al-Amin
- Dewan Terbuka
- Kantin
- Asrama lelaki dan perempuan
- Bengkel Reka Bentuk dan Teknologi
- Tempat pembuangan sampah
- Makmal Komputer (Bilik Frog)
- Bilik Guru
- Pejabat
- Bilik Sakit
- Gelanggang Takraw
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Seramai dua orang pelajar SMA Dato' Klana mendapat 9A dalam PMR 2010.
Keputusan SPM di sekolah ini meningkat pada tahun 2010 dan telah menjadi sekolah terbaik kategori luar bandar dan SABK di Negeri Sembilan.
Ko-Akademik
[sunting | sunting sumber]Beberapa pelajar mendapat johan dan naib johan dalam pertandingan hafazan dan syarahan bahasa Arab peringkat negeri.
Penilaian menengah rendah 2011
[sunting | sunting sumber]Daripada 123 orang calon, 9 orang calon telah mendapat keputusan 9A manakala 11 orang calon mendapat keputusan 8A.
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]Sekolah ini juga telah mendapat gelaran juara Pertandingan Pantomen Peringkat Negeri Sekolah-Sekolah Agama Negeri Sembilan pada tahun 2005
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor
- Km5 Jalan Kuala Pilah, Ampangan,
- 70400, Seremban
- Negeri Sembilan, Malaysia
- Telefon = 06-7639361
- Faks = 06-7613421