Sekolah Kebangsaan Telok Malek
SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK MALEK | |
---|---|
Lokasi | |
JITRA, KUBANG PASU, Kedah Darul Aman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Rendah, Sekolah kerajaan |
Moto | BERUSAHA BERJAYA |
Nombor sekolah | +604-9171209 |
Kod sekolah | N/A |
Faks | +604-9171209 |
Laman sesawang | sktelokmalek.com |
Sekolah Kebangsaan Telok Malek atau nama ringkasnya SK Telok Malek, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Telok Malek merupakan sebuah sekolah terletak di Jalan Sungai Korok, Jitra, Kedah. Nama Sekolah Kebangsaan Telok Malek diambil bersempena dengan nama Kampung Telok Malek.
Mula ditubuhkan pada tahun 1951 dengan bermula sebuah Sekolah Rakyat yang dibiayai dengan wang/tabung rakyat setempat dengan hasrat memberi pelajaran kepada anak kampung ini supaya tidak buta huruf. Tapak sekolah ini merupakan wakaf daripada Allahyarham Encik Baharom bin Mat yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Om.
Pada mulanya jumlah muridnya hanya 64 orang yang terdiri daripada anak-anak Kampung Telok Malek dan Kampung Budi. Kelas pembelajarannya hanya dari darjah 1 hingga darjah 5 sahaja. Bagi murid yang ingin menyambung pelajarannya terpaksa ke Sekolah Kebangsaan Jitra yang jaraknya lebih kurang 6 kilometer.
Atas desakan Lembaga Pengelola Sekolah Rakyat pada masa itu, pada tahun 1961 pengurusan sekolah ini diambil alih oleh kerajaan sepenuhnya. Bangunan baru telah dibina dengan empat bilik darjah dan sebuah pejabat. Struktur pembinaannya separuh batu dan pada masa kini telah diubahsuai menjadi dewan, Bilik Kemahiran Hidup dan Bilik Kesihatan.
Alamat
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Telok Malek
Jalan Sungai Korok,
06000 Jitra,
Kedah Darulaman.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- sktelokmalek.com