Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana
Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Jalan Nirwana 13 Taman Nirwana, 68000 Ampang, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan ![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah rendah |
Moto | Berilmu, Berdisiplin, Berbakti[5] |
Ditubuhkan | 1986[1]. |
Nombor sekolah | +603-92849280 |
Kod sekolah | BBA4014[2] |
Guru besar | Harman bin Harun[3] |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Ku Norazrihan binti Ku Mohd Yusof[4] |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Natasha binti Che Razenan[4] |
Penolong Kanan Kokurikulum | Halimatun Saadiah binti Johari[4] |
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang Petang | Sapiah binti Daud[4] |
Faks | +603-92812059 |
Laman sesawang | Laman Google Sites |
Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, yang lebih dikenali sebagai nama ringkasnya SK Taman Nirwana, merupakan sebuah sekolah kebangsaan dalam bandar[2] yang terletak di Jalan Nirwana 13, Taman Nirwana, di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat[2]. Pada masa kini, Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana memiliki 1,505 murid dan 94 guruJun 2022.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana telah dibuka pada April 1986 di kawasan perumahan Taman Nirwana, disebabkan wujudnya beberapa taman perumahan lain seperti Taman Cahaya, Taman Bakti, Taman Cempaka dan pemindahan penduduk ke Kampung Pandan.
Sekolah ini dibina pada tahun 1985 di kawasan seluas 7 ekar. Pada peringkat awalnya hanya terdiri daripada 2 blok bangunan yang menempatkan bangunan pejabat, bilik guru, perpustakaan, muzium, kelas, tandas dan bilik bekalan elektrik.
Pada tahun 1993, 2 blok bangunan setingkat dan satu blok bangunan tiga tingkat dibina. Walau bagaimanapun, pertambahan bangunan tersebut tidak cukup untuk menampung jumlah murid yang meningkat sehingga lebih 2,000 orang pelajar. Penambahan dan pengubahsuaian terus dilakukan untuk kemudahan dan keselesaan warga sekolah.
Pada tahun 2002, sebuah lagi bangunan setingkat yang menempatkan 2 buah makmal ICT telah dibina. Pada tahun 2010, 1 block bangunan 4 tingkat dibina. Bangunan yang dilengkapi dengan dewan terbuka menempatkan makmal ICT, bilik muzik, bilik bimbingan dan kaunseling serta tandas[1].
Misi dan Visi
[sunting | sunting sumber]Misi
[sunting | sunting sumber]Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara[5].
Visi
[sunting | sunting sumber]Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera[5].
Guru Besar
[sunting | sunting sumber]Guru Besar | Tahun |
---|---|
Tuan Haji Mohammad Daud bin Abdul Hamid | 1986 |
En. Ashari bin Mohd Sharif | 1986 - 1987 |
En. Ayub Azhari bin Haji Kassim | 1987 - 1988 |
En. Jamlus bin Haji Abu Bakar | 1988 - 1992 |
En. Mohd Daud bin Abdul Hamid | 1992 - 1994 |
En. Hassan bin Salim | 1994 - 1996 |
Pn. Shahar Fadzilah binti Mohamad Daud | 2010 - 2013 |
En. Mohamad Thani bin Abdullah | 2013 - 2014 |
Pn. Maizan binti Hashim | 2014 - 2017 |
Pn. Roslinda binti Kamiss | 2017 - 2022 |
En. Harman bin Harun | 2023 - kini |
Demografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Jumlah Murid | Jumlah Guru |
---|---|---|
2009 | 2,010 | 104 |
Januari 2018[6] | 1,531 | 95 |
April 2018[7] | 1,519 | 95 |
Mei 2019[8] | 1,514 | 95 |
Januari 2020[9] | 1,414 | 98 |
Jun 2020[10] | 1,476 | 99 |
Jun 2021[11] | 1,496 | 96 |
Jun 2022[12] | 1,505 | 94 |
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana
- Jalan Nirwana 13, Taman Nirwana
- 68000 Ampang
- Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
- Telefon: +603-92849280
- Faks: +603-92812059
- E-mel: bba4014@moe.edu.my[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/sktamannirwana/sekolah/sejarah-sekolah
- ^ a b c d https://www.apac.com.my/bba4014-sk-taman-nirwana.html
- ^ a b https://www.facebook.com/sktamannirwanaunofficial/posts/pfbid0uPsG8C1xKHHpnnoxLa8Sgh7nbMDe4ZasJYjoTmGgrF4kiCFnho236aj13RunmbAol
- ^ a b c d https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/sktamannirwana/utama/pengurusan-pentadbiran
- ^ a b c https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/sktamannirwana/sekolah/visi-misi-moto-sekolah
- ^ https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/566-senarai-sekolah-31-januari-2018/file
- ^ https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/565-senarai-sekolah-30-april-2018/file
- ^ https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/2620-senarai-sekolah-rendah-dan-menengah-31-mei-2019/file
- ^ https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/3295-senarai-sekolah-rendah-dan-menengah-jan-2020/file
- ^ https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/3547-senarai-sekolah-rendah-dan-menengah-jun-2020/file
- ^ https://www.moe.gov.my/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/4808-senarai-sekolah-rendah-dan-menengah-jun-2021/file
- ^ https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/laporan-dan-statistik/senarai-sekolah/5341-senarai-sekolah-rendah-dan-menengah-jun-2022/file