Sekolah Kebangsaan Sg Serai
Sekolah Kebangsaan Sg Serai | |
---|---|
Lokasi | |
Kuang, Rawang, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 0360371259 |
Kod sekolah | BBA7209 |
Pengerusi PIBG | En Md Nazlee Bin Muhamad |
Guru besar | Pn Che Haslina binti Che abdul Hadi |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn Norazah binti Mohd Nor |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En Nazrul bin Ahmad Zaidi |
Penolong Kanan Kokurikulum | En Ashrul Nizam bin Mohamad Rozi |
Faks | 0360371259 |
Sekolah Kebangsaan Sg Serai atau nama ringkasnya SK Sg Serai, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kuang.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sg Serai memiliki 134 pelajar lelaki dan 176 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 310 orang. Ia mempunyai seramai 25 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Sungai Serai telah di buka pada 1 Mei 1966. Dengan bilangan murid 42 orang dari pelbagai umur dengan 4 orang guru menumpang di Balai Raya Kampung Sungai Serai. Guru Besar yang pertama ialah Cikgu Akasah bin Hj Taib. Beliau di bantu oleh 3 orang guru yang lain Cikgu Esah, Cikgu Ali dan Ustaz Dawam. Pada tahun 1967, kerajaan telah meluluskan pembinaan bangunan baru separuh kayu dan separuh batu sebagai bangunan kekal Sekolah Kebangsaan Sungai Serai di atas tanah seluas 7 ekar.Bangunan baru ini mengandungi 3 buah kelas, satu ruang pejabat dan bilik guru besar. Pada tahun 1968 murid – murid mula berpindah ke bangunan baru. Bangunan ini telah di rasmikan oleh Dato’ Harun bin Idris iaitu Menteri Besar Selangor pada 5 Mac 1969. Oleh kerana kekurangan tempat bagi menampung 6 kelas yang berbeza tahap umur, setiap kelas telah di jadikan kelas bergabung
Oleh kerana kekurangan murid, satu ketika Sk Sungai Serai hampir ditutup dan murid- murid akan di gabungkan dengan SK Kuang. Namun dengan kebijaksanaan Guru Besar Cikgu Zainodin Rafe’l, yang meminta murid- murid Orang Asli dari Hulu Kuang di bawa masuk ke SK Sg Serai telah menyelamatkan keadaan. Pada tahun 1986, Bangunan Pusat Sumber didirikan hasil sumbangan bekas Menteri Besar Selangor Dato’ Hj Ahmad Razali b Hj Ali. Sebuah bangunan berhampiran sebuah lagi bangunan sekolah telah didirikan secara gotong royong dengan kerjasama PIBG sekolah hasil peruntukan RM 50,000.00 oleh KPM. Bangunan baru yang lebih baik dengan keseluruhannya di rasmikan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Muhammad bin Mohd Taib pada 1 Disember 1986. Pada tahun 2001 sebuah bangunan makmal komputer telah didirikan. Seterusnay pada tahun 2002, sebuah lagi bangunan baru mengandungi 3 tingkat dan satu bangunan kantin telah di dirikan dan mula di gunakan pada tahun 2003. Sekolah Kebangsaan Sungai Serai kini bertambah meriah dengan kewujudan perumahan baru di sekitar kundang.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- [Sekolah Kebangsaan Sg Serai|Sekolah Kebangsaan Sg Serai BBA7209]]