Pergi ke kandungan

Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa
Lokasi
Jalan Setiawangsa 13, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Prestasi Tinggi, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoIlmu Iman Bakti
Nombor sekolah0342528019
Kod sekolahWBA0058[1]
Pengerusi PIBGDato’ Mohd Irwan Rizal bin Mohd Ali Napiah
Guru besarPuan Maheran binti Abd Halim
GPK Pentadbiran dan AkademikDatin Siti Norlisa binti Norsham
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Norhayati binti Muhammad
Penolong Kanan KokurikulumEncik Mohd Asyraf bin Mukhlas
Faks0342523628

Sekolah Kebangsaan Setiawangsa merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Setiawangsa 13, Taman Setiawangsa , Kuala Lumpur, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Setiawangsa memiliki 1237 pelajar lelaki dan 1219 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2456 orang. Ia mempunyai seramai 121 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Setiawangsa (SKS) ialah sebuah sekolah rendah yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur, berhampiran dengan taman-taman perumahan kakitangan polis dan tentera. Dibina di atas tanah seluas 5.27 hektar, sekolah ini siap pembinaannya pada 21 Februari 1992.

SKS mula beroperasi pada 22 Jun 1993 dengan 593 orang pelajar dan 22 orang guru. Kini (2019), sekolah ini mempunyai 2,578 orang pelajar, serta 114 tenaga pengajar yang ditampung dalam tujuh (termasuk kantin) blok. Sehingga hari ini, lima orang Guru Besar telah bertugas di sekolah ini.

Sekolah Kebangsaan Setiawangsa
Jalan Setiawangsa 13, Taman Setiawangsa , Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon = 0342528019
Fax = 0342523628

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]