Sekolah Kebangsaan Seri Dayong
Sekolah Kebangsaan Seri Dayong سكوله كبڠساءن سري دايوڠ | |
---|---|
Lokasi | |
Seri Medan,, Batu Pahat, Johor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Bersatu Berjaya |
Ditubuhkan | 1948 |
Nombor sekolah | 07-4859549 |
Kod sekolah | JBA0077 |
Pengerusi PIBG | En. Jumari bin Kadni |
Guru besar | En. Roslan bin Mansor |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Tn. Hj. Jailani bin Asrah |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Pouzidan@Pauzidan bin Sungip |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Norazli bin Aziz |
Faks | 07-4859549 |
Laman sesawang | http://jba0077.1bestarinet.net (Laman VLE-Frog) |
Bendera Rasmi SKSD | |
Sekolah Kebangsaan Seri Dayong (Jawi: سكوله كبڠساءن سري دايوڠ) atau nama ringkasnya SK Seri Dayong, merupakan sebuah sekolah kebangsaan bantuan penuh kerajaan yang terletak di Seri Medan, Batu Pahat, Johor Darul Ta'zim [1]. Sekolah ini menggunakan Bahasa Melayu/Malaysia sebagai bahasa pengantar utama, diikuti oleh Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan Bahasa Arab sebagai bahasa tambahan. Sekolah ini terletak di Zon Parit Sulong dan 100% murid di sekolah ini terdiri daripada kaum Melayu.
Pada 2020, Sekolah Kebangsaan Seri Dayong memiliki 134 pelajar lelaki dan 108 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 242 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Seri Dayong telah diasaskan pada tahun 1948 oleh sekumpulan penduduk kampung Seri Dayong. Tn. Hj. Setot bin Sutowijoyo mengetuai jawatankuasa pengasas sekolah ini diikuti oleh En. Katani Rabu sebagai Setiausaha. Ahli Jawatankuasa pengasas sekolah ini terdiri dari:
- Tn. Hj. Ramlan Mat Kiram
- En. Mat Yasir Esa
- Tn. Hj. Razali Tatrono
- Tn. Hj. Abas Tosari
- Tn. Hj. Saman
- Tn. Hj. Salleh Abdullah
- En. P. Hassan
- Tn. Hj. Redzuan
Anak lelaki kepada Allahyarham Tn. Hj. Abas Tosari, Tn. Hj. Kuswadi Abas merupakan seorang bekas Guru Penolong Kanan 1 di SK Seri Dayong.
Senarai Guru Besar SK Seri Dayong sejak 1948
[sunting | sunting sumber]Guru Besar | Tempoh Berkhidmat |
---|---|
Tn. Hj. Hamzah A. Karim | 1948-1951 |
Tn. Hj. Jasmani bin Hj. Shukur | 1951-1954 |
En. Salleh Suradi | 1954-1962 |
En. Jaini Ismail | 1960-1961 |
En. Othman Abd Salam | 1962-1963 |
En. A. Majid Ishak | 1964-1979 |
Tn. Hj. Esa Zamzam | 1970-1985 |
En. Sidek Yasir | 1986-1987 |
En. Arshad Md. Yusof | 1988-1993 |
En. Mohd Tahar Shahdan | 1994-2000 |
Tn. Hj. Shukur Saim | 2001-2002 |
En. Abd Aziz Ishak | 2002-2010 |
En. Basir Wardos | 2010-2015 |
Tn. Hj. Mohd Zakaria Marsam | 2015-2018 |
En. Rosli Md Said | 2018-2020 |
En. Roslan Bin Mansor | 2020- sehingga kini |
En. Basir Wardos, Guru Besar ke-13, telah meninggal dunia pada tahun 2015 semasa beliau masih berkhidmat di SK Seri Dayong [2].
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Seri Dayong
- JKR.BP(P) 2525, Jalan Parit Hj. Ariff,
- 83400 Seri Medan,
- Batu Pahat, Johor,
- Malaysia
- Telefon = 6074859549
- Fax = 6074859549
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- ^ "SENARAI SEKOLAH". PPD Batu Pahat. 13 Februari 2016. Dicapai pada 30 Mac 2017.
- ^ "MAKLUMAN AL-ABRAR". PPD Batu Pahat. 21 April 2015. Dicapai pada 30 Mac 2017.