Pergi ke kandungan

Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Seksyen 7
Lokasi
Jalan 7/3, Seksyen 7, BANDAR BARU BANGI, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah389222707
Kod sekolahBBA4047
PengetuaPN. Azlinda binti Abu
Laguhttps://www.youtube.com/watch?v=WV_iTdiMn-8
Faks389222717


Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 atau nama ringkasnya SK Seksyen 7, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan 7/3, Seksyen 7.

Pada 2024, Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 memiliki 2777 pelajar dan 153 guru.

Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 ialah sebuah sekolah rendah di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. Sekolah ini mempunyai 3 blok utama iaitu Blok A, B dan C.

Sekolah ini juga mempunyai sebuah padang bola sepak dan sebuah padang bola jaring dan bola baling. Sekolah ini beroperasi pada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.

Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi telah dibuka pada 1 Januari 2002. Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan iaitu Blok A - Blok Pentadbiran Blok B - Makmal Sains dan Makmal Komputer Blok C - Kelas, kantin dan padang permainan. Sekolah ini menerima seramai 530 orang murid semasa ia mula - mula dibuka dimana ia merangkumi murid - murid dari tahun 1 hingga tahun 4. pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai satu sesi sahaja. Terdapat pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain - lain belajar di sini. Sehingga kini, murid di sekolah adalah seramai 2777 orang merangkumi tahun 1 hingga tahun 6. Sekolah ini pada awal penubuhannya ditadbir oleh seorang guru besar yang bernama En. Sabarudin bin Abu Bakar yang dibantu oleh 38 orang guru dan 2 orang kakitangan bukan guru. Sekolah ini menjalankan persekolahan sesi pagi sahaja. Kini, sekolah ini mempunyai seramai 153 orang guru yang mengajar di 72 buah kelas dan dibantu oleh 4 orang kakitangan bukan guru. Sekolah ini terletak di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi dengan keluasan 4.6 ekar dan merupakan sekolah model baru. Walaupun dikategorikan sebagai sebuah sekolah gred B, ianya dilengkapi dengan berbagai kemudahan dan peralatan termasuklah 2 buah makmal komputer, 2 buah makmal sains, sebuah pusat sumber, kantin, tandas, kedai buku, bilik gerakan guru, pejabat dan banyak lagi. Semua ini menjadikan Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 menjadi pilihan ibu bapa dan penjaga untuk menghantar anak - anak mereka menuntut ilmu di sini. Sekolah ini mula beroperasi pada 7 Januari 2002 dengan menerima murid yang tinggal di sekitar Sungai Chua, Sungai Ramal, Seksyen 5, Seksyen 7 dan Sungai Tangkas dengan latar belakang murid dari pelbagai golongan masyarakat.

Sekolah Kebangsaan Seksyen 7
Jalan 7/3, Seksyen 7
Selangor,  Malaysia
Telefon = 389222707
Fax = 389222717

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]