Sekolah Kebangsaan Santan
Sekolah Kebangsaan Santan | |
---|---|
Lokasi | |
Km.7, Jalan Santan, 01000, Kangar,, Perlis Indera Kayangan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6049381466 |
Kod sekolah | RBA0029 |
Faks | 6049381466 |
Sekolah Kebangsaan Santan atau nama ringkasnya SK Santan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km.7, Jalan Santan.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Santan memiliki 205 pelajar lelaki dan 180 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 385 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah ini terletak di utara Bandar Kangar. Kedudukannya ialah di kilometer 7, Jalan Santan . Ia mula diasaskan pada tahun 1927 oleh 3 orang sahabat karib iaitu En. Musa bin Hj. Mohamad(Hartawan Tempatan) En. Awang bin Hj. Arshad dan En. Jusoh bin Mat Ali (Penghulu Mukim Padang Pauh). Keluasan sekolah ini ialah 5.75 hektar.
Sekolah ini bermula dengan 2 buah bangunan kayu dan salah sebuah darinya masih kekal digunakan sehingga sekarang sebagai Pusat Sumber Sekolah. Bilangan pelajar pada awal penubuhannya ialah seramai 80 orang.
Dalam Rancangan Malaysia Pertama, 3 blok bangunan konkrit tambahan telah dibina pada tanggal 13 September 1971.
Disebabkan bilangan pelajar yang semakin bertambah dan keperluan semasa yang mendesak, sebuah bangunan tambahan 3 tingkat telah dibina dalam Rancangan Malaysia ke 5 dan siap untuk digunakan pada tahun 1990. Bilik– bilik sumber, perpustakaan, bilik tayang, bilik sembayang dan bilik wuduk, pejabat am, bilik Guru Besar, bilik guru serta bilik-bilik darjah telah disediakan.
Sesuai dengan pertambahan bangunan, Kementerian Pendidikan juga telah meluluskan pertambahan kawasan sekolah untuk kemudahan sukan dan akiviti kokutikulum pada masa akan datang. Kemudahan padang permainan yang terdapat di sekolah ini ialah sebuah padang bola sepak, bola jaring dan bola baling.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1925, seramai 20 orang Guru Besar telah menabur bakti di sekolah ini. Kini, Sekolah Kebangsaan Santan mendapat 2 blok bangunan baru dengan setiap blok terdiri daripada 4 tingkat bagi menampung jumlah murid yang semakin bertambah. Bangunan baru ini dilengkapi dengan Pejabat sekolah, bilik mesyuarat, bilik guru, perpustakaan, dan beberapa bilik khas.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Santan
- Km.7, Jalan Santan
- 01000, Kangar
- Perlis, Malaysia
- Telefon = 6049381466
- Fax = 6049381466