Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (2)
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (2) | |
---|---|
Lokasi | |
Putrajaya, Wilayah Persekutuan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan |
Moto | SETIA USAHA BISTARI |
Nombor sekolah | +603-8890 3459 |
Kod sekolah | WBA2010 |
Pengerusi PIBG | ENCIK MOHD AMIRUL BIN PATELO WAHAB |
Guru besar | PUAN NORIHAN BINTI ISMAIL |
GPK Pentadbiran dan Akademik | PUAN NORBAITY BINTI HUSSIN |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | PUAN ROSMAH BINTI LAMAT |
Penolong Kanan Kokurikulum | PUAN AZILAWATI BINTI MOHD JUSOH |
Faks | +603-8890 3460 |
Laman sesawang | http://skputrajayapresint112.blogspot.com |
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (2) adalah sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Presint 11, Putrajaya. Terdapat dua (2) buah sekolah kebangsaan lain di Presint 11 selain Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (2) iaitu Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1) dan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (3).
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (2) dibina di atas tapak seluas 15.50 ekar (6.27 hektar). 0.36 ekar (0.15 hektar) darinya merupakan kawasan lapang.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (2) ditubuhkan pada 2 Jun 2008. Pada mulanya hanya terdapat lapan orang guru dan staf sokongan yang ditempatkan iaitu seorang Guru Besar, seorang GPK akademik, seorang GPK HEM, GPK Kokurikulum, seorang Guru Media dan tiga orang PPM. 3
Dari mula ditubuhkan sehingga hujung bulan Disember 2008, sekolah ini tiada murid. Pada awal tahun 2009, sekolah ini mula menerima murid dari tahun 1 hingga 2 yang seramai 20 orang ketika itu. Bilangan guru pula hanya 16 orang sahaja pada ketika itu.
Pertambahan murid yang mendadak ialah sesi persekolahan 2010, yang mana jumlah muridnya meningkat kepada 228 orang dan gurunya pula seramai 25 orang. Kini bagi sesi 2015, SKPP 11(2) terus maju dan mempunyai seramai 925 orang murid daripada tahun 1 hingga tahun 6 manakala 75 orang murid prasekolah dan 58 orang guru di bawah pimpinan Guru Besar Puan Rohana Binti Abd Manaf.
Sekolah ini telah mencatatkan kejayaan menerima anugerah 'New Deal' bagi tahun 2011 dan 2013 di atas usaha keras warga SKPP 11(2) dan pada tahun 2015 SKPP 11(2) telah dicalonkan untuk menerima New Deal untuk tahun 2014 serta pencalonan verifikasi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (2)
- No 1, Jalan P11C, Presint 11
- 62300 Putrajaya
- Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Telefon : +603-8890 3459
- Faks : +603-8890 3460
- Email : gb.skpp112@gmail.com