Sekolah Kebangsaan Pulau Indah
Sekolah Kebangsaan Pulau Indah | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Jalan Dato' Harun, Pulau Indah, KLANG, Selangor![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 60331012139 |
Kod sekolah | BBA0013 |
Guru besar | Puan Wan Saliza bt Wan Salleh |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Norafizan bt Mohamad Razaif |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Tuan Haji Mohamad Amirul Hakim bin Abdullah |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Mohamad Haris Bin Halim |
Faks | 331012144 |
Laman sesawang | https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/skpulauindahrasmi/utama |
Sekolah Kebangsaan Pulau Indah atau nama ringkasnya SK Pulau Indah, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Dato' Harun, Pulau Indah.Slogan Sekolah Ialah Lestari Gemilang.
Guru Besar SK Pulau Indah ialah Puan Wan Saliza Bt Wan Salleh dan dibantu oleh 4 orang Guru Penolong Kanan (GPK Pentadbiran) iaitu Puan Norafizan Binti Mohd Razaif (GPK Hem), Tuan Haji Mohd Amirul Hakim B Abdullah (GPK Koku), Encik Mohd Haris B Halim ( GPK Petang) Encik Naim B Saim.
Pada Tahun 2024, SK Pulau Indah mempunyai sejumlah 116 orang guru & 2439 orang murid. Jumlah ini bertambah dari tahun ke tahun. Saiz kelas terkecil adalah 27 orang murid manakala paling ramai ialah 42 orang.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Penubuhan sekolah ini bermula dengan nama Sekolah Kebangsaan Pulau Lumut (nama asal Pulau Indah). Bermula dari sebuah sekolah kayu yang beratap nipah dan akhirnya kini terbina sebuah bangunan batu yang tersergam indah di tengah-tengah sebuah desa yang permai. Idea penubuhan sekolah ini telah disumbangkan oleh Tuan Haji Sahamin yang merupakan Ketua Kampung Teluk Nipah dan Kampung Sungai Pinang. Beliau orang yang pertama mengambil inisiatif memajukan pendidikan di Pulau Lumut sehingga terbinanya sekolah ini. Beliaulah yang telah membuat permohonan kepada Sultan Selangor, Yang Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan permohonan itu telah diperkenankan.
Pada tahun 1946, sekolah ini berjaya didirikan. Bilangan murid seramai 100 orang terdiri dari pelbagai lapisan umur dan tidak terhad kepada kanak-kanak. Ketika itu, khidmat tenaga pengajar terdiri daripada dua orang guru, En Sulaiman Hj Omar dan En Ismail Shamsudin.
Pada tahun 1948, sebuah lagi bangunan panjang telah didirikan dan dapat menampung 4 buah bilik darjah dengan bilangan murid berdaftar seramai 102 orang. Tiga orang guru ditugaskan dengan penambahan En Ayub Habib.
Dalam tahun 1950, dua buah bangunan kayu yang tinggi telah siap dibina. Bangunan ini mempunyai 4 buah bilik darjah termasuk sebuah bilik khusus untuk guru besar. Dua buah rumah guru juga telah dibina untuk kemudahan tempat tinggal guru-guru. Seterusnya pada tahun 1964, sebuah lagi bangunan kayu telah dibina yang boleh menampung 5 buah bilik darjah. Bangunan kayu ini masih wujud lagi pada masa sekarang yang dikenali sebagai bangunan New Zealand.
Akhirnya pada 1975, sebuah bangunan batu satu tingkat telah siap dibina yang meliputi sebuah pejabat, bilik guru dan 4 buah bilik darjah. Sekolah ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr Mahathir Mohamad pada 28 Julai 1975 yang pada ketika merupakan Menteri Pelajaran Malaysia.
Pada tahun 1999, sebuah bangunan dua tingkat telah siap dibina bagi menampung bilangan murid yang bertambah ramai. Bangunan ini menempatkan sebuah makmal Sains, makmal komputer, bilik SPBT dan 7 buah bilik darjah.
Sesungguhnya, penubuhan sekolah ini telah memberikan sinar baru kepada penduduk Pulau Indah yang dahagakan pembangunan pendidikan yang sewajarnya. Pendidikan untuk anak-anak generasi muda adalah sesuatu yang perlu diperjuangkan hingga membuahkan hasil yang memberangsangkan dan melahirkan ilmuwan dan profesional.
==Pencapaian == Pada tahun 2020 sekolah telah berjaya mendapat rekod tamat tempoh matang invensi sekolah amanah KOHORT KE 2 Rekod itu diserah kepada Hazi B Kadir Guru Besar ketika itu.
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Pulau Indah
- Jalan Dato' Harun, Pulau Indah
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 60331012139
- Fax = 331012144