Sekolah Kebangsaan Penghulu Baya Mallang
Sekolah Kebangsaan Penghulu Baya Mallang | |
---|---|
Lokasi | |
Tutoh-Apoh Kampung Long Terawan, Tutoh, Baram, 98050, Marudi,, Sarawak Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan |
Autoriti pendidikan | Baram |
Nombor sekolah | TIADA |
Kod sekolah | YBB4349 |
Guru besar | Encik Kenneth Tugang |
Jumlah penuntut | 08 |
Kelas | 04 |
Bahasa pengantar | Bahasa Melayu |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Jason Jau |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Albert Ting Kah Mau |
Penolong Kanan Kokurikulum | Nor Kartikah Binti Ilyas |
Faks | TIADA |
Laman sesawang | https://www.facebook.com/profile.php?id=100092677633781 |
Sekolah Kebangsaan Penghulu Baya Mallang atau nama ringkasnya SK Penghulu Baya Mallang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Long Terawan, Tutoh, Baram. Sekolah kecil ini boleh dihubungkan dengan laluan darat dari Bandaraya Miri, Sarawak. Perjalanan mengambil masa selama 04 jam 30 minit dari Bandaraya Miri melalui Pekan Lapok dan Pekan Long Lama. Dari Long Lama, beberapa kampung turut dilalui antaranya ialah Long Bemang, Long Wat dan Long Atip. Terdapat laluan singkat dari Kampung Long Atip ke Long Terawan dengan melalui Kampung Long Win dan Long Bangan.
Pada 2024, Sekolah Kebangsaan Penghulu Baya Mallang memiliki 03 pelajar lelaki dan 05 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 08 orang. Ia mempunyai seramai 05 orang guru 100% siswazah dan 01 orang Pembantu Tadbir.
SK Penghulu Baya Mallang, ditubuhkan pada tahun 1965 oleh penduduk Kampung Long Terawan dengan usaha gigih Ketua Masyarakat , Penghulu Baya Mallang (selepas itu Temenggong). Operasi sekolah bermula dengan sebuah rumah yang diperbuat daripada buluh dan beratapkan daun nipah/rumbia yang didirikan secara gotong royong. Ia beroperasi secara rasmi pada tahun 1966 dengan enrolmen seramai 42 orang murid. Pada tahun yang sama serama 32 orang murid dari Kampung Long Panai telah ditarik masuk untuk mengisi kelas Tahun 3 dan Tahun 4. Encik Melai Usang yang ketika itu selaku Guru Besar di SRK Long Panai telah dipindahkan ke SRK Penghulu Baya Mallang dan seterusnya menjadi Guru Besar pertama dengan dibantu oleh 2 orang guru.
Atas masalah lokasi yang selalu dilanda banjir, maka pada tahun 1980, SK Penghulu Baya Mallang telah dipindahkan ke tapak baru dengan bantuan Syarikat pembalakan, Baya Lumber. Pada tahun 1981, sebuah bangunan baru berdiri megah dengan tiga blok rumah guru. Bangunan baru ini telah dirasmikan pembukaannya pada Sabtu, 5 Disember 1981 oleh YB Encik Robert Jacob Ridu, Menteri Muda Perhubungan dan Kerja Raya Sarawak
Dilihat dari segi pencapaian akademik, SKPBM menunjukkan pencapaian pada tahap sederhana.
MISI sekolah "Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti" manakala VISI sekolah "Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang".
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Penghulu Baya Mallang
- Pejabat Pendidikan Daerah Baram
- Lot 2241, Jalan Marudi/ Ulu Linei
- 98050 Marudi, Baram, Sarawak.
- Telefon = 085755808
- Fax = TIADA
- Email = skpbm4349@gmail.com