Sekolah Kebangsaan Pantu
Sekolah Kebangsaan Pantu | |
---|---|
Lokasi | |
Pantu, Sri Aman, Sarawak Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Moto | Berilmu Berbakti Bersatu |
Kod sekolah | YBB2103 |
Guru besar | Encik Downey Anak George |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Wong King Yiin |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Bugie Saran |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Desmond Anak Ngian |
Sekolah Kebangsaan Pantu atau nama ringkasnya SK Pantu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pekan Pantu, Sri Aman.
Pada tahun 2024, Sekolah Kebangsaan Pantu memiliki 82 orang murid lelaki dan 62 orang murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 144 orang. SK Pantu adalah Sekolah Asrama Harian. Daripada 144 orang muridnya, 58 orang adalah murid Asrama.
Bagi kakitangan yang bertugas di SK Pantu, 22 orang adalah guru, 7 orang kakitangan pelaksana dan 10 orang pekerja swasta. Para Pentadbir sekolah diketuai oleh En. Downey ak George (Guru Besar), En. Wong King Yiin (GPK Kurikulum), En. Bugie Saran (GPK HEM) dan En. Desmond ak Ngian (GPK KK).
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Pantu telah ditubuhkan pada tahun 1950, ketika itu dibawah tajaan pihak pemerintah British sehinggalah pada tahun 1963. Pada masa itu, sekolah ini hanya mempunyai kemudahan infrastruktur yang agak daif, terhad dan kebanyakan bangunannya didirikan secara gotong-royong oleh ibu-bapa serta masyarakat setempat dan dibawah tajaan pihak Majlis Daerah (Local Council). Tiada kemudahan bekalan elektrik dan air bersih, lampu pelita dan air perigi adalah sumber bekalan asas murid asrama khususnya ketika itu.
Semenjak 1953 hingga 1960-an, murid asrama yang bersekolah di sini terpaksa membawa bekalan beras, lauk, kayu api dan memasak sendiri kerana ketika itu tiada tukang masak. Kerja rutin mereka pada waktu petang ialah sama dengan peranan Pekerja Am/ Pekerja Am Rendah sekarang.
SK Pantu merupakan sebuah sekolah yang damai dengan persekitaran yang luas, dikelilingi pokok-pokok yang menghijau menjadikannya sebuah sekolah yang berkonsepkan ‘Sekolah Dalam Taman’. Dalam tempoh semenjak kewujudan sekolah ini telah banyak melahirkan murid-murid luar bandar yang telah berjaya dalam pelbagai bidang kerjaya mereka, sesuai dengan peranannya sebagai tempat mereka mendapatkan pendidikan asas/ permulaan melangkah ke alam persekolahan.
Logo Sekolah
[sunting | sunting sumber]Pengertian Logo
[sunting | sunting sumber]Rangka Bentuk Alat Penampan – Identiti Unggul / Keutuhan Sekolah
Kuning – Kedaulatan / Kemerdekaan
Hijau – Kedamaian / Alam Persekitaran Sekolah
Biru Tua – Perpaduan
Putih – Suci & Bersih (Fizikal & Mental) / Agama
Biru Muda – Globalisasi
Simbol Komponen-Komponen Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Topi – Matlamat Utama (Pendidikan) Misi & Visi
Mikroskop – Sains & Teknologi / Sikap Saintifik
Komputer – Dunia Teknologi Maklumat & Komunikasi
Buku – Gedung Ilmu Pengetahuan
Manusia – Kokurikulum / Sukan / Kesihatan
Moto
[sunting | sunting sumber]"Berilmu Berbakti Bersatu" - Setelah menjadi orang yang pandai, haruslah berbakti kepada negara, bangsa & keluarga. Dalam pada itu konsep perpaduan iaitu bersatu harus dijadikan pegangan ke arah kesejahteraan bersama.
Guru Besar
[sunting | sunting sumber]Bil | Nama | Tahun | Asal | |
---|---|---|---|---|
Dari | Hingga | |||
1. | Encik Sain Maja | 1950 | - | Engkilili, Lubok Antu |
2. | Encik Urut | - | - | Abok, Sri Aman |
3. | Encik Rimba | - | - | Gran Stumbin, Sri Aman |
4. | Encik Edward Unggu | - | - | Saribas, Betong |
5. | Encik Simong Naga | - | - | Munggu Gran, Sri Aman |
6. | Encik Ronald Chenggir | - | - | Entulang Jalai, Sri Aman |
7. | Encik Jambu Anggat | 1981 | - | Saribas, Betong |
8. | Encik Wesley Ulok | 1981 | 1986 | Saribas, Betong |
9. | Encik Nelson Gemong | 1987 | 2001 | Lachau, Sri Aman |
10. | Encik Khairuddin Francis | 2001 | 2005 | Sabu, Sri Aman |
11. | Encik Haji Ahmad Abdullah | 2005 | - | Kabong, Saratok |
12. | Encik Micheal Devenny | 2005 | - | Engkranji, Sri Aman |
13. | Encik James Lungkong | 2006 | 2006 | Sg. Besai, Selanjan |
14. | Encik Louis Aom | 2007 | 2012 | Entulang Jalai, Sri Aman |
15. | Encik Chang Tze Pui | 2012 | 2014 | Bayai, Sri Aman |
16. | Encik Andrew Anchan ak Ubam | 2015 | 2019 | Sg. Keroh, Engkilili |
17. | Encik Abdul Rahman bin Bokhari | 2020 | 2021 | Sri Aman |
18 | Encik Abdul Razak @ Toddy bin Ahmad | 2021 | 2023 | Sri Aman |
19 | Encik Downey ak George | 2024 | Pantu, Sri Aman |
Alamat Menyurat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Pantu
- D/A PPD Bahagian Sri Aman
- 95000, Sri Aman
- Sarawak, Malaysia