Sekolah Kebangsaan Padang Chichak
Sekolah Kebangsaan Padang Chichak | |
---|---|
Lokasi | |
Kedah Darul Aman![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Rendah, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 044626689 |
Kod sekolah | KBA8013 |
Laman sesawang | SK Padang Chichak |
Sekolah Kebangsaan Padang Chichak atau nama ringkasnya SK Padang Chichak, merupakan sebuah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Institusi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Padang Chichak bermula pada 01-02-1954,di atas sebuah kawasan di tapak wakaf Kampung Padang Chichak iaitu lebih kurang 3km dari bangunan sekolah kini. Ia bermula dengan 35 orang pelajar di bawah bimbingan cikgu Osman bin Bakar di sebuah bangunan seluas 120x20 kaki, bertiang kayu bulat, beratap rumbia dan berdindingkan buluh yang dibina secara gotong royong oleh penduduk tempatan.
Perasmian bangunan dan pengiktirafan sebagai sekolah rakyat disempurnakan oleh Guru Yan/Sik pada 01.02.1955. Sekolah ini berpindah sebanyak dua kali sebelum kekal di tapak sekarang. Bersempena dengan Pokok Chichar yang tumbuh meliar di kawasan sekolah,maka telah di beri nama dan dipersetujui oleh penduduk kampung dengan nama Sekolah Kebangsaan Padang Chichar.
Pertembungan dua loghat dan gaya bahasa dua etnik utama iaitu Melayu dan Thai, perkataan Chichar berubah menjadi Chichak.Dengan kakitangan seramai 30 orang guru dan di bantu oleh tiga orang staf sokongan Sekolah Kebangsaan Padang Chichak kini berwajah baru dengan bangunan tiga tingkat. Setiap aliran mengandungi dua kelas mengikut tahap kebolehan murid iaitu Kelas Anggun dan kelas Arif.