Sekolah Kebangsaan Mukut
Sekolah Kebangsaan Mukut | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Pulau Tioman, Rompin,, MERSING, Pahang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6094120112 |
Kod sekolah | CBA8031 |
Faks | 6094120420 |
Sekolah Kebangsaan Mukut atau nama ringkasnya SK Mukut, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Mukut, Pulau Tioman, Rompin. Selepas Tahun 6 , pelajar ini menyambung pelajaran di SMK Tekek dan tinggal di asrama.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Mukut memiliki 11 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 26 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009
Pada 2015, murid SK Mukut hanya 8 orang sahaja dengan 11 orang guru. Seorang pengawal pengawal keselamatan untuk menjaga sekolah ini. Para pelajar diberi makanan percuma menerusi 'Rancangan Makanan Percuma' . Guru-guru menetap di rumah / kuarters yang disediakan berhampiran dengan sekolah.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Mula ditubuhkan pada tahun 1950 sebagai sekolah rakyat dengan jumlah murid seramai 20 orang dan 2 orang guru. Pada tahun 1982 sekolah tersebut ditutup dan dibuka balik pada tahun 1997 dengan jumlah murid seramai 11 orang dan 4 orang guru. Pada tahun 1998, satu bangunan baru dan kuartes telah dibina untuk kemudahan pelajar dan guru. Pada tahun 2003, kantin telah dibina untuk kemudahan pelajar.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Mukut
- Pulau Tioman, 86800 Mersing,
- Rompin,
- Pahang, Malaysia
- Telefon = 094120112
- Fax = 094120420